assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Saturday 22 December 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Monday 17 December 2012

a walk to remember ~ Taman Negara Pulau Pinang


Assalamualaikum wbt.

Hye peeps out there. It has been a long time I didn’t update my pinky blog. So now I come out with a short story (full or pictures sebab malas nak tulis :p ) 
.
Since new semester dah start, so of course ada azam baru. One of it is kalau boleh, bila nak jalan-jalan time weekend tu mestilah tempat yang boleh memberi faedah. So semasa semester break hari tu, plan nak hiking dengan kawan-kawan kat kampus.

At first girls only were allowed. But bila yang lain tahu, so yang lelaki pun nak ikut sama. So pergilah kami seramai 12 orang ke Taman Negara Pulau Pinang. Such a wonderful weekend I ever had.


Bila dah sampai di Taman Negara tu, abang tu ( dia marah panggil dia pakcik ) tanya nak hiking to Monkey Beach or Pantai Kerachut? So we decided to go to Monkey Beach since semua dah excited nak mandi laut.Besides that, Pantai Kerachut agak berisiko untuk mandi.



Kami meredah hutan untuk sampai ke Monkey Beach. Perjalanan yang agak sukar dan agak memenatkan. Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke sana. I guess la. Dalam perjalanan untuk ke Monkey Beach, guess who were greeted us? MONKEY ! haa at first semua dah macam “eh comelnya monyet ni.” Bila monyet tu mula datang dekat, semua menjerit and lari.hahaha..




Then bila sampai di Monkey Beach tu, tak terkata rasanya bila lihat pemandangan yang sangat cantik itu. Subhanallah.. ciptaan Allah yang Maha Esa. Then kami teruskan aktiviti kami dengan usrah. Setiap apa yang kita buat haruslah relate dengan alam sana nanti.



Aktiviti diteruskan lagi dengan bbq. Nyummyy…ayam yang sangat best. Psst ! Budak lelaki yang perap ayam.best sangat baunya. J





Kami decided untuk ke Rumah Api yang terletak 45 minit dari pantai tersebut. Setelah selesai solat berjemaah, kami beransur ke Rumah Api. Dalam perjalanan untuk ke sana, seorang pakcik memberitahu kami rumah api tu telah ditutup pada pkul 3.30 pm. So bukan rezeki kami untuk ke sana. Jadi kami berpatah balik ke pantai dan menunggu boat kami sampai.

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. We had a wonderful time together and a great moment.

Wednesday 21 November 2012

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un


Pada tanggal 18 November 2012 jam 9.27 pagi, seorang lagi ahli keluargaku pergi menghadap Ilahi. Perginya satu-satunya atok kesayangan disebabkan sakit tua. Alhamdulillah majlis pengebumian dijalankan dengan lancar. Kali ini saya sangat berpuas hati, disaat arwah menghembuskan nafas terakhirnya saya ada disisinya. Kini, tiada lagi ‘atok dan wan’.. tiada lagi Cikgu Yusof di bumi Jerteh ini.

Ya Rabb..
tempatkanlah mereka 
ditempat orang yang beriman
jauhkanlah mereka 
daripada azab kubur dan azab api neraka


Ya Rahman..
Kau naungilah mereka
disaat hari perhitungan nanti
Kau tempatkanlah mereka
di syurga Mu syurga Firdaus


Aamiin….

Gambar raya zaman bila entah... hehe

Saturday 3 November 2012

Ke Arah Menjadi Zaujah Yang Solehah


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

I’m already 20 year-old but I didn't know how to cook..what the?? Bila kawan-kawan tanya “Syifa pandai masak tak?” oh what is supposed answer that I have to tell them? Dengan tersipu-sipu malu saya menjawab.. N O . T I D A K .

Memalukan ! gadis berumur 20 tahun still tak boleh masak. Ego sekali lagi tercabar apabila kawan lelaki saya pandai masak itu dan ini.

Okay you have to do something syifa…..
Bila dah cuti semester ni, saya perlu membuat satu pilihan antara 2 pilihan.. either bekerja and earn some money or stay at home and belajar masak. Kalau saya bekerja, at least dapatlah saving duit sikit untuk beli barang idaman saya iaitu DSLR. Tapi kalau kerja bila pulak nak belajar memasak? Jadi saya mengambil keputusan untuk duduk di rumah and goyang kaki..haha.. takde lah. Belajar masak adalah pilihan saya since saya ada kerja yang lagi mustahak yang perlu saya lakukan rather than bekerja untuk beli DSLR tu. I have to spend my time to produce a book for my club society. So ia mengambil masa yang agak lama.

Bila dah belek2 resepi kat internet, so I decided to try tomyam as my first dish. Tapi bila dah beli bahan-bahan, ayam terlebih pulak. So saya gunakan ayam dan sayur-sayur yang ada dalam peti ais tu untuk masak ayam goring halia dan sayur goreng.. and the results are….







# komen abah : kenapa ada seketul ayam yang besar and yang lain-lain tu kecik??
                me : ayam yang besar tu syifa punya ! hehehe

# komen ma : ayam dalam sayur goreng tu banyak.tapi dalam tomyam sikit je…
                me : emm…hehehhehehehe

But overall semuanya okay. Makanan semua habis dan…yeayyy saya dah pandai masak !!

Monday 29 October 2012

Fakta : Ibu adalah seorang pembohong !


Saat makan, jika makanan kurang, dia akan memberikan makanan itu kepada anak-anaknya dan berkata : 
“ Along dengan angah makan lah yer. Ibu tak lapar kenyang.” Padahal waktu itu, dia berasa sangat lapar setelah memerah keringat tuanya untuk mencari rezeki bagi menampung anak-anaknya.

Waktu makan, dia selalu mengasingkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata : “Ibu tak suka daging, makanlah yer.” Padahal daging merupakan kegemarannya, namun dia terpaksa mengalah untuk memberikan makanan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Tengah malam ketika dia sedang menjaga anaknya yang sakit, dia berkata : “Rehatlah nak, ibu temankan, ibu masih belum mengantuk.” Waktu itu,matanya hampir terpejam namun digagahkan jua.

Setelah anak sudah tamat persekolahan, bekerja dan mengirimkan wang untuk ibu, dia berkata : “Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu dah ada simpanan.” Padahal duit simpanannya sekadar cukup untuk dia menunaikan haji.

Apabila anaknya sudah Berjaya, hidup senang dan menjemput ibunya tinggal bersamanya di rumah yang besar, lantas ibu berkata : “Rumah tua kita sangat selesa, ibu tak biasa tinggal di rumah yang besar.” Si ibu itu tidak mahu menyusahkan anaknya dan menantunya yang terpaksa menanggungnya yang sudah tua itu.

Dan pembohongan paling terbesar daripada ibu ialah ketika menjelang tua, ibu sakit kuat dan anak-anaknya menangis, tetapi ibu masih boleh tersenyum dan berkata : “ Jangan menangis, ibu tak apa apa.” Ini adalah pembohongan yang terakhir daripada ibu.



Kadang kala kita sebagai anak terlepas pandang dengan apa yang telah dilakukan oleh seorang insan yang bernama ibu. Hargailah ibu sebelum kita kehilangannya.

Monday 22 October 2012

i'm 20 already !


Assalamualaikum..

Hello friends. It’s been a long time I didn’t manage this blog. Kind of busy actually. Busy dengan study (lah sangat), club society, peeps plus dengan kesihatan yang kurang memuaskan. Whatever it is I wanna say Alhamdulillah because He still gives me chance to live happily even sometimes I feel very frust with my life. Okay stop mengeluh syifa !

Back to our topic. I’m 20 now! Getting older... Matured actually. Bukan tua. Alhamdulillah umur dah mencapai angka 20 ++… dah 20 tahun rupanya hidup menjadi hamba Allah ini.
Terfikir sejenak apakah yang pernah dilakukan sepanjang 20 tahun berada di muka bumi Allah yang indah ini. Sometimes rasa I’m useless. Sebab apa? Satu-satunya impian yang saya mahukan sejak beberapa tahun yang lepas belum tertunai lagi. Impian tu ialah…… biarlah saya seorang yang tahu. Hehe..

Thanks to my family. Mereka sentiasa ada ketika saya memerlukan mereka. even I have to remind my brothers about my birthday..hmmm its okay lah. Lelaki memang macam tu =.= and thanks for my peeps for made me so happy on 18th October 2012. Kebetulan hari tu last paper for my final exam, dengan semangatnya menjawab paper tu dan keluar dengan senyuman. Senyuman tu either dapat jawab soalan tu dengan senang or dah habis exam.

Dan bila habis je paper, dapat call dari seorang member :

 “akak ! cepat datang foodcourt !”

Okay..saya bergegas ke foodcourt dan dari jauh boleh nampak satu……PENGUIN ! cute sangat ! teruja sampai tak boleh control menjerit kat situ jugak. Nasib baik foodcourt time tu tutup. So takde orang sangat. Hehehe. And saya namakan penguin itu sebagai MIHO. Owh okay ada chocolate cake jugak. Sangat sedap..you guys are awesome !

#thanks for the cake, for miho, air pop and thanks for being my truly friends.. love you all : Iqbal, Adhwa, Izzaty, Syahirah , Hani, Syihabuddin J

iqbal and me ^_^




Friday 24 August 2012

puasa ganti boleh disamakan dengan puasa sunat syawal ke?


Assalamualaikum wbt..

Setelah lama persoalan ini bermain di fikiran, akhirnya terjawab juga. Alhamdulillah. Satu lagi ilmu dapat dipelajari dan harap terkesan dalam hati sehingga akhir hayat.

Dulu tertanya-tanya jugak, bila seorang perempuan mula puasa sunat Syawal, adakah ia di kira sama dengan puasa ganti? So jawapannya ialah TIDAK.

Menurut apa yang ditulis daripada blog Ustaz Zaharuddin :

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut:
 Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sedut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specific membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada sahabat untuk menggabungkannya.”

Wallahua’lam..

Thursday 23 August 2012

ramadhan dan syawal yang bermakna


Assalamualaikum wbt…The name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.

Alhamdulillah segala pujian bagi Yang Maha Esa, Yang Maha Pemberi Nikmat, Allah SWT kerana masih memberi nikmat terbesar ini iaitu nikmat kehidupan. It has been a long time I leave this blog without update any entries. Kesibukan di dunia UiTM membuatkan saya punya kekangan masa untuk terus update blog ini. Jadi, saya mengambil peluang cuti yang diberi selama seminggu ini untuk update entry untuk kali ini.

Hari ni merupakan 6 Syawal 1433. Setelah penat beraya sakan, melayan tetamu-tetamu yang datang ke rumah dan berkunjung ke rumah-rumah sahabat dan guru yang dikasihi, tibalah masa untuk berehat sepuas-puasnya di rumah sebelum bertolak pulang ke kampus.

Muhasabah diri – Ramadhan kali ini membawa banyak perubahan kepada diri ini. Dapat saya rasakan kelainan Ramadhan kali ini. Jika ada yang bertanya kepada saya, apakah yang saya rasa kelainan untuk Ramadhan kali ini? Saya tidak mampu untuk menjawab soalan itu. Kerana kemanisan iman dalam bulan Ramdhan itu tidak dapat digambarkan. Cukuplah untuk saya katakan my life now is better than before. Ketenangan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.

Allah telah menghantarkan saya sahabat-sahabat yang sangat saya kagumi sikap mereka. Alhamdulillah.. mereka ada tatkala saya dalam keadaan keliru. Mereka ada tatkala saya dalam kesedihan. Mereka sentiasa bersedia untuk memeluk saya jika saya perlukan seorang teman untuk saya meluahkan segala kesedihan dan khilaf saya. Saya beruntung ada mereka..terima kasih Ya Rabb..

Back to our topic, syawal kali ini lebih meriah daripada tahun lepas. Alhamdulillah. Cuma ada perbezaan untuk syawal kali ini. Jika tahun-tahun sebelum ini, kami beraya di rumah atok, namun kali ini kami sekeluarga beraya di rumah sendiri. Disebabkan keadaan atok yang telah uzur, dia dibawa tinggal bersama kami di rumah. So, pakcik makcik yang jauh tinggal di negeri orang semua berkampung di rumah saya… penuh satu rumah ! anak tuan rumah pon kena tidur kat ruang tamu..haha. tapi takpe.. asalkan semuanya happy.

Hari raya pertama kali ini, along dan isterinya kak Sheila tidak beraya bersama kami sekeluarga. Untuk pertama kalinya, my lovely brother tidak bersama kami pada 1 Syawal. Jelas terasa kelainannya, namun kesibukan melayan sepupu-sepupu yang baru sampai dari jauh dapat menghilangkan rasa kerinduan terhadap mereka berdua.

As usual, bila sepupu-sepupu berkumpul, sesi bergambar itu WAJIB ada ! hehe.. plus, kat area rumah ada sawah, so makin senang la bila port bergambar tu dah ada.

Bila bercakap pasal duit raya…hmmmmm….duit raya tahun ini cukup untuk topup je.haha.. its okay. Asalkan semua happy dan dapat berkumpul ramai-ramai. Ukhwah makin rapat terjalin kerana Allah SWT…




















\
angah and me...

cousins.....









Wednesday 1 August 2012

sekiranya aku menjadi pilihanmu

Sekiranya Aku Menjadi Pilihanmu..

Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redha_Nya ,bukan membuka jalan untukku melangkah ke Neraka.Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,Nilai kembali niatmu,masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Sekiranya kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,aku mohon agar kau sandarkan niatmu,kepada yg menentukan ,aku pinta agar kau sentiasa dalam Istikharah,agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Sekiranya kau pilih aku menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah ,tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan Istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redha_Nya.

Sekiranya kau pilih aku dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,Ketahuilah,aku akan memilihmu kerana_Nya.
Saat itu apabila aku tertanya-tanya,kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana_NYA”



" Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.

"Ya Allah, aku serahkan hatiku pada_Mu.. Jaga hatiku dan kembalikanlah padaku hanya bila Kau mengatakan bahawa dia lah yang terbaik untuk aku serahkan hatiku padanya...

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Melindungi dan Maha Memelihara...Peliharakanlah hatiku agar aku tidak salah dalam melabuhkan cintaku.. Dan bila aku menemui orang itu, tunjukkanlah aku jalan yang meyakinkanku bahawa dialah jodohku yang telah Engkau tetapkan untukku...bimbinglah aku agar rasa cintaku padanya tidak akan pernah berunsurkan nafsu semata dan agar cintaku sentiasa berada di landasan yang benar, mencintai untuk mendapatkan redha_Mu .

Ya Allah... Ya Rabbal Alamin, jika cinta ini memang bukanlah dari_Mu, dan bukanlah yg telah Engkau pilihkan untukku, maka jagalah hatiku dari tergoda, agar sisi putihnya hati dapat melihat isyarat itu dan terjaga diri ini dari sakit, kecewa dan cinta yg berlebih kerana hadirnya.

Jagalah hati ini agar hanya tertaut kepada cinta yg terpaut pada_Mu, berharap cinta ini tertawan, oleh yang hatinya telah tertanam untuk mencintai_Mu, kudambakan rindu yang hadir menyapa, hanya kepada insan yang merindukan sujud kepada_Mu.

Secuil fitrah cinta ini tak pernah mampu menerima cinta_Mu, meski sebesar zarrah. Maka biarkan cinta ini hanya berlabuh kepada cinta yang Engkau pilih dan halalkan untukku. Sesungguhnya hanya pada_Mu ku berserah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday 29 July 2012

selamat tinggal niqabku......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Tersentak seketika apabila mendapat panggilan daripada ibu yang sangat disayangi. Pada mulanya kami berborak kosong dan saya meminta izin untuk keluar mencari barang-barang keperluan untuk iftar nanti. Dan soalan yang saya langsung tidak menjangkakan terpacul keluar daripada mulut seorang ibu itu.

“fathin dah berpurdah ke sekarang?” tanya ibuku.

Soalan itu benar-benar membuatkan saya rasa sangat berdebar. Saya diam seketika. Dan sekali lagi ibuku mengulangi soalan itu. Dan saya hanya mampu menjawab “ Ya ma”.

Sebenarnya saya belum bersedia untuk memberitahu keluarga tentang hal ini. Hal yang saya rasakan cukup berat untuk saya pikul dan saya amat mengharapkan sokongan orang sekeliling saya. Saya bercadang untuk bertanyakan pendapat kepada ibu saya tentang gadis berniqab. Namun, dia lebih cepat daripada saya untuk bertanyakan soalan itu.

“kenapa tak pakai masa kita jumpa kat perlis haritu?” soal ibuku lagi.

“masa tu Fathin tak start pakai lagi.”

“kenapa terlalu drastic?” soal ibuku lagi.

Ya Allah…apa yang perlu saya jawab? Lidahku kelu untuk menjawab soalan itu. Saya lancar untuk menjawab soalan itu setiap kali rakan-rakan saya bertanyakan saya tentang hal itu. Namun kali ini, lidahku kelu untuk berkata-kata.

“Ma tak bagi fathin berniqab ke?” saya menduga.

“Ma tak nak Fathin jadikan niqab itu sebagai fesyen. Sekejap pakai itu, sekejap pakai ini.”

Saya hanya mampu untuk berdiam. Entah mengapa rasa pedih di hati. Air yang ditampung oleh mata hampir jatuh ke bumi namun saya gagahkan juga.

“bertudunglabuh itu sudah cukup untuk seorang perempuan menjaga auratnya. Ma lebih suka Fathin pakai tudung labuh.” Sambung ibuku lagi.

Saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan mengiyakan permintaan ibuku. Saya sedar hukum berniqab itu sendiri ialah sunat. Tidak berdosa jika saya tidak memakainya namun ganjaran pahala itu sudah tentu jika saya memakainya. Namun mengingkari perintah ibu bapa itu merupakan dosa besar.

Pada mulanya saya agak kecewa apabila satu-satunya orang yang sangat rapat dengan saya tidak bersetuju dengan perubahan saya. Namun jika difikirkan kembali, mungkin ada hikmahnya. Ma telah mengandungkan saya, membesarkan saya sehingga sekarang. Dia sudah masak benar dengan perangai anak tunggal perempuannya ini. Mungkin betul cakap ma. Bertudung labuh itu sudah cukup untuk menutup aurat. Saya akur dengan permintaan ibu tercinta.

Bismillahirrahmanirrahim…

29 Julai 2012

“hari ini hari last saya berniqab. Dan saya akan memanfaatkannya sebaik yang mungkin.”bisik hatiku.
Mungkin 29 Julai merupakan hari terakhir saya berniqab. Saya tidak mahu membuat hati ibu saya risau. Mungkin dia tidak boleh terima perubahan ini kerana terlalu drastic. Baru sebulan lebih saya memakai tudung labuh dan tiba-tiba dia mendapat berita bahawa saya berniqab. Saya tidak menyalahkan ibu saya. Ya, memang terlalu drastic.

Ma… jawapan untuk soalan ma itu, fatin sayang Allah..fatin sayang abah and ma. Fatin bertudung labuh disebabkan oleh fatin tak nak abah masuk neraka. Sebab fatin pernah terbaca satu kata-kata:

“Selangkah anak keluar tanpa menutup aurat, selangkah ayahnya ke neraka jahannam.”
Dan jawapan kepada soalan ma kenapa fatin berniqab, alam remaja sangat mencabar dan fatin senang untuk terpengaruh. Dengan berniqab, fatin rasa lebih muhasabah diri, lebih berjaga-jaga dalam setiap tindakan. Itu sebabnya penampilan fatin lain daripada dulu.

Ma….fatin sayang ma dan abah. Semoga ma dan abah boleh terima perubahan drastic fatin ini… :’)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday 23 July 2012

ya allah..aku jatuh cinta

Apabila kita redha dengan perpisahan yang telah ditakdirkan, Allah akan menghantar kepada kita yang lebih baik. Saya hanya berpegang kepada dua prinsip.

“ Jika dia ditakdirkan untuk engkau, sejauh mana pun dia berada akhirnya engkau akan bersatu juga dengannya. Namun jika engkau mencemari cinta itu dengan kemaksiatan, dan jika dia mengahwinimu sekalipun, perkahwinan kamu akan di cemari oleh kemaksiatan yang hina itu. “

Saya sangat berpegang kepada kata-kata ini. Ianya sangat bermakna. Dan satu lagi prinsip yang saya baru temui dan akan menerapkan dalam diri saya:

“Bercinta selepas kahwin itu lebih bahagia.”



Dalam diam hati ini terpaut pada seorang lelaki yang menurut kawan-kawan saya dia seorang yang baik budi pekertinya. Dan saya juga sangat senang dengan cara pergaulan dia dengan kawan-kawannya terutama kawan perempuan. Saya hanya mampu melihat dari jauh. Kerana saya pasti jodoh itu telah ditetapkan.

Ya Rabb..permudahkanlah urusanku dan dia. Jauhkanlah kami dari maksiat.lindungilah kami dibawah sinar keimananMu.

Aamiin…………

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday 22 July 2012

hijrah kedua ku...

Assalamualaikum wbt..

Untuk pertama kalinya secara rasmi saya keluar dari bilik saya dengan mengenakan satu pakaian yang saya rasa saya belum layak lagi untuk memakainya. NIQAB. Dah lama berhajat untuk berniqab, namun disebabkan baru sebulan lebih saya mengenakan tudung labuh, rasanya belum cukup kuat hati ini untuk berniqab seperti sahabat-sahabat yang lain.

Bismillahirrahmanirrahim….

Saya cuba memakainya, itupun secara sorok-sorok dalam tandas. Segan jika roommate tahu saya pakai niqab. Entah apa yang nak disegankan, padahal benda tu benda yang baik.

“bila agaknya aku boleh pakai macam ni di tempat awam?adakah keluarga aku akan menerima perubahan drastic aku ini?” bisik hati kecilku.

Lalu saya terus mencabut niqab itu, dan bersiap-siap untuk berbuka puasa bersama sahabat-sahabat yang saya menganggap mereka sebagai keluarga saya disini.

Dan setelah Kak Dila menjemput saya dan rakan-rakan untuk ke bazaar ramadhan, saya lihat dia berniqab..cantik. dalam hati terdetik untuk memakainya juga..

“kak Dila..Fatin ada bawak ‘benda’ tu jugak.”

“benda apa?” tanya Kak Dila

“niqab” jawab ku ringkas namun cukup untuk dia faham.

“pakai lah dik. Cuba pakai untuk hari ni”

Hati ini belum kuat untuk memakainya di tempat awam. Namun saya cuba untuk menyarungkannya juga..

Dan sekali lagi…bismillahirrahmanirrahim…

saya keluar dari kereta dan menuju ke gerai-gerai yang terletak di hadapan politeknik Seberang Perai. Namun kali ini, penampilan saya berbeza. Saya mengenakan niqab.

Dan saya dapat merasakan perbezaannya. Dulu, bila terserempak dengan lelaki, mereka berjalan tanpa menghiraukan perempuan disekeliling mereka. bersentuhan antara bahu ke bahu itu sudah biasa. Namun apabila mengenakan niqab ini, para lelaki akan berusaha untuk tidak bersentuhan dengan saya. Maksudnya mereka berusaha untuk mengelak.

"mereka lebih menghormati perempuan yang menutup aurat" bisik hatiku.

Semasa berjalan-jalan di bazaar, saya ada terserempak dengan rakan-rakan. Ada yang terkejut dengan penampilan saya dan ada juga yang tak cam. Segan pulak rasanya bila kawan-kawan melihat penampilan terbaru saya ini…rasanya belum cukup layak lagi.

Namun, Alhamdulillah saya memakai niqab itu sepanjang saya berada di luar kampus tanpa menanggalkannya kecuali semasa makan. Disebabkan tidak biasa dengan berniqab, saya terpaksa untuk membuka sekejap niqab itu semasa makan.

Alhamdulillah hari pertama berpuasa pada tahun ini merupakan hari pertama saya berniqab. Mungkin selepas ini saya tidak berniqab secara berterusan namun saya akan cuba ke arah itu. Insyaallah…mohon dipermudahkan urusanku untuk menghampiriMu Ya Rabb…

kak dila and me


~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday 20 July 2012

tiga perkara yang kita perlu tahu...

Hati tersentap seketika pada sebuah sabda Nabi SAW yang begitu mendalam maksudnya. Ia telah direkodkan oleh At-Thabrani..

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail).. 

bermuhasabah diri itu penting. ustaz saya pernah berkata, sebelum kita tidur, muhasabahlah diri. fikirkan kembali apa yang telah kita lakukan pada hari ini. adakah ia menepati apa yang disuruh dalam Islam ataupun kita membuat sesuatu itu tanpa mengikut landasan yang betul. jadikan muhasabah diri sebelum tidur sebagai satu amalan supaya kita sentiasa ingat Allah dan ingat apa yang disuruh dan dilarang olehNya.

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday 10 July 2012

He loves me

Assalamualaikum wbt.

Kehidupan sekarang sangat mendamaikan. Jauh lebih mendamaikan berbanding dulu. Dia cintakan saya. Dan saya juga cintakan dia. I LOVE HIM SO MUCH !

Alhamdulillah dengan penghijrahan saya kali ini, saya rasa dia semakin sayang pada saya. Rasa hati ini terlalu dekat dengannya. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan dia. Saya tahu dia sangat suka apa yang ada pada saya sekarang berbanding dahulu.

9 Jun 2012

Tarikh keramat bagi saya dan dia. Dia telah membukakan hati dan mata saya untuk berjalan di atas muka bumi ini dengan cara yang betul. Mungkin ianya merupakan suatu petunjuk kepada saya untuk tidak lalai daripada tujuan sebenar kita dihidupkan.

Dan Alhamdulillah juga, setelah penghijrahan ini, rezeki semakin murah. Contohnya, tadi bila pergi PC Fair dengan kawan-kawan, tiba-tiba ada seorang khalifah  Allah ini memanggil saya sambil menghulurkan ‘keyboard skin’ kepada saya dan berkata, “adik, ambillah keyboard skin ni. Free.” Tanpa saya sempat bertanya, dia pergi meninggalkan saya dan kawan-kawan saya. Yang peliknya, kenapa kawan saya tak dapat apa yang saya dapat?mungkin ini caranya Allah mempermudahkan rezeki saya. Alahamdulillah.
Dengan penghijrahan ini, saya dapat ramai kawan baru. Betul lah dengan penyatan ini. “apabila kita berusaha mendekatkan diri kepadaNya, Dia akan menghantar orang-orang yang baik untuk menolong kita.”

Bila semester baru, rasa penat itu akan ada. Maklumlah, 2 bulan duduk rumah jer. Lepas tu bila sesi kuliah bermula, kadang-kadang makan pon tak sempat. Tapi kali ini, penatnya tidak terasa. Malah makin laju kaki ini melangkah untuk berjuang di jalanNya. Sebagai contoh, dulu saya jarang pergi masjid di kampus. Tapi penatnya tuhan sahaja yang tahu. Dengan jadual kuliah dan aktiviti kelab yang sangat padat, tak terdaya rasanya untuk menanggung semua itu. Namun, sekarang rasa penat itu kurang. Sangat kurang. Walaupun semester yang lepas takde kuliah waktu malam tapi kali ini ada kuliah waktu malam, setiap malam ada meeting kelab, dan hampir setiap hari berjemaah di masjid, saya rasa sangat bersemangat dan masih ada waktu untuk study. Malah makin bersemangat untuk study walaupun jadual sangat padat.

Pelikkan? Semua ini berlaku dalam sekelip mata. Penghijrahan kali ini membuatkan hubungan saya dan dia bertambah erat. Alhamdulillah. Saya harapkan hubungan kali ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dan saya tak malu untuk mengaku yang saya… SAYA SAYANGKAN ALLAH LEBIH DARIPADA SEGALANYA. 'He' disini merujuk kepada yang Maha Esa. <jangan silap paham pulak>

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday 28 June 2012

kepimpinan dan islam

Pendahuluan

Berkata Imam as-Shafie rahimahullahuta'ala bahawa telah berfirman Allah S.W.T yang bermaksud :

             "Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi ,maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari penghitungan."

Berfirman Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w mengenai ahli al-Kitab :

        "Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah ( perkara itu) diantara mereka , atau berpalinglah daripada mereka "
sampai kepada " dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah ( perkara itu) diantara mereka dengan adil ,sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
Firman Allah lagi :

            " Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu ."

Firman Allah ta'ala selanjutnya :

             " Dan ( menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil ."

            Berkata Imam as-Shafie rahmatullah : Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabinya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya , kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil .

            Makna 'adil ' ialah mengikut hukum yang telah diturunkan Allah .

Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan baginda memutuskan hukuman diantara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya daripada agama dan umatnya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi) .
Firman Allah yang bermaksud :

            " Sesiapa yang taat kepada Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah ."

FirmanNYA  lagi yang bermaksud :

          " Maka demi tuhanmu ( mereka pada hakikatnya ) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihankan . Dan berfirmanNYA lagi yang bermaksud :

            " Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya 'takut' ." Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah Kitab Allah kemudian Sunnah nabiNya s.a.w.

Tidak boleh seseorang mufti atau seseorang hakim atau menghukum sehingga masing -masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya.

Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad".




Kepimpinan yang diredhai Allah
Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa' ulummah, ayat-ayat, akhbar-akhbar diantaranya :

     1.  " Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,  menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar,  mereka itulah orang-orang yang beruntung "
maksud ayat ( Ali-Imran  104 ).

            Imam al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan  perintah yang zahirnya menunjukkan wajib. ''Mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan tugas tersebut merupakan Fardhu Kifayah   bukan Fardhu  'Ain iaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan yang lain.

     2." Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma'ruf dan   menegah yang munkar. Mereka mendirikan sembahyang ".
Maksud ayat (At-Taubah  71 )

            Imam Al-Ghazali menjelaskan  ; Bahawa orang-orang mukmin itu telah menyifatkan mereka itu menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar .Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.       

    3. Sabda Rasulullah s.a.w "Wahai manusia 'Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang makruf dan menegah dari yang munkar' sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "maksud hadis riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.       

    4. Di Tanya kepada Khuzaifah r.a . "Siapakah bangkai bernyawa ?
 Jawab beliau : Ialah orang yang tidak menegah kemungkaran baik dengan tangannya maupun dengan lidah dan  hatinya.

Syarat seorang pemimpin

1. Muslim . aqal, baligh dan lelaki .

2.  Adil - ertinya tidak fasik seumpama tidak meninggalkan solat , beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya . Tidak menyalahi akan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah s.a.w .

3. Berilmu - ertinya ia mengetahui perkara -perkara yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma'aruf dan yang mungkar . Mengetahui perkara -perkara yang berkaitan dengan pimpinan .

4. Mempunyai kudrat , kemampuan  - ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samaada menggunakan tangan , perkataan , tulisan atau fikiran di dalam suasana apapun .

5. Beradab mengikut akhlak Islam  - ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya . Selain dari itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas , jujur , tidak angkuh , riak dan sebagainya .Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat- sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.

6. Sempurna pancaindera dan  sihat tubuh badan .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday 18 June 2012

muhasabah cintaku



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi
Muhasabah cintaku

Tuhan
Kuatkan aku
Lindungi ku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganmu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~