assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Wednesday 30 May 2012

nikah awal halang untuk belajar?

Seringkali berita-berita yang dipaparkan di muka depan Harian Metro ataupun Kosmo mengenai gejala anak luar nikah dan sebagainya menyebabkan hati saya dan umat Islam yang lain sentiasa gundah-gulana. Adakah ini imej Islam yang kita nak tunjukkan kepada orang not-yet Muslim?

Namun alhamdulillah, dewasa ini makin ramai yang serius untuk bercinta dan meletakkannya di landasan yang tepat lagi baik, iaitu pernikahan, tak kiralah samada nikah seperti biasa ataupun nikah gantung. Itu satu perkembangan yang baik buat rakyat Malaysia, umat Islam khususnya. Saya harap perkembangan tentang kahwin muda atau nikah awal ini adalah satu cara yang positif lagi baik dalam kita menangani masalah ini!



Adapun jika dikatakan : Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar, pernyataan ini TIDAK BOLEH DITERIMA BAHKAN YANG SEPATUTNYA ADALAH SEBALIKNYA. Kerana selama mana perkara itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antara ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapatkan ilmu.

Adapun jika tidak berkahwin maka ini lah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dan mempunyai isteri yang boleh melunakkannya dan membantu maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya.

p/s: sebelum ingin ibu bapa membenarkan anda bernikah awal, pastikan sikap dan keperibadian anda telah dijaga dengan baik. Tidak semudahnya ibu bapa member ‘cop’ persetujuan, banyak perkara yang perlu di telitinya dahulu. Bukan kerana mereka kejam tetapi anda perlu faham, anda nak jaga anak orang nanti…
from : Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan – Hafizahullah

wallahua’lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday 29 May 2012

dakwah aiskrim roti: tips bercinta sebelum berkahwin



Suatu petang pukul, 6.40 petang. Seorang makcik telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

Gadis: Makcik, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear?

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu?

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni?

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik: Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan?

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak cerdikkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal.

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:
"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday 24 May 2012

kasih seorang abah



Assalamualaikum w.b.t

Sometimes kita terlupa akan kewujudan abah. Mostly children more prefer to talk or do anything with their mother. Mereka rasakan mak lebih sensitif terhadap anak-anak compared to abah. The fact is true. Perasaan mak lebih cenderung kepada perkataan seperti nasihat. Tetapi pernahkah kita tahu bahawa kasih seorang abah boleh kita lihat dengan perlakuannya?

Memang betul bila kita balik sekolah, mak yang masakkan masakan favourite kita. Tetapi adakah kita tahu bahawa abah yang mengingatkan mak untuk masak masakan yang kita suka?

Pada musim perayaan, golongan ibu paling semangat untuk menyediakan semua kelengkapan raya untuk anak-anak mereka seperti baju raya, kasut raya dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah kita tahu daripada mana mak dapat duit untuk membelanjakan semua itu? The answer is from ‘abah’.

Apabila anak-anak telah meninggalkan kampung halaman untuk menimba ilmu, setiap minggu mak akan call dan bertanya khabar. Bagaimana belajar? Bagaimana kehidupan disana? Dan sebenarnya si ‘abah’ yang mengingatkan mak untuk bertanya khabar tentang kita.

Marah seorang abah kepada anaknya tak kan bertahan lama. Sebesar mana pun salah seseorang anak itu, tidak mungkin abah akan membenci anaknya. Mungkin perilakunya membuat kita rasa abah membenci kita, tetapi sebenarnya kasih seorang abah tiada penghujungnya. This is what we call the sacrifies of a father.

p/s : hargailah kasih sayang ibu bapa sebelum mereka meninggalkan untuk selama-lamanya …

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday 20 May 2012

before you judge my life~~



Before you judge my life
my past or my character
walk in my shoes
walk the path I have traveled
live my sorrow
my doubts
my fear
my pain
and my laughter…

Remember
everyone has a story
When you've lived my life
then you can judge me…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday 18 May 2012

9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Di Sisi Allah



Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat…

1. TAHU

Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR

Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR

Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN

Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU

Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT

Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT

Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday 16 May 2012

cantik vs kurang cantik...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat kehidupan ini. Yang pastinya hari esok itu mungkin akan ada, tetapi belum tentu kita ada pada hari esok.. jadi, sama-samalah kita mhasabah diri dan bertaubat selagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kalau diperkatakan tentang isu cantik, ianya akan disamakan dengan sifat kaum hawa. Perempuan dilahirkan mempunyai sifat yang ingin kelihatan cantik, lemah lembut dan banyak yang boleh mendorong kepada kecantikan itu sendiri.

Semua perkara dalam dunia ini ada keburukan dan kebaikannya yang tersendiri.. Same goes to this case. siapa cakap kurang cantik takde kebaikan?of course lah ada...

PERSAHABATAN

kebaikan dan keburukan cantik

  • wanita cantik mudah didekati. mereka selalu menjadi perhatian dan emmpunyai teman yang ramai. orang suka apabila dirinya dikaitkan dengan wanita cantik. boleh menumpang popularity.
  • kawan ramai boleh dicari, tetapi sahabat yang ikhlas sukar diperolehi. wanita cantik sering menghadapi masalah untuk menemui sahabat yang baik dan ikhlas untuk berkawan dengannya. rata-rata ramai daripada mereka hanyalah kawan dunia sahaja.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • keburukan : wanita kurang cantik kurang mendapat perhatian ramai. dirinya selalu terpinggir ke belakang. jarang sekali orang ingin mempedulikan dirinya. dia merasa rendah diri dan kesunyian.
  • dicelah-celah ribuan manusia, ada beberapa orang yang menjadi temannya. mereka ini tidak menilai rupa, tidak menumpang populariti dan tidak juga berniat jahat. mereka adalah teman setia.

PEKERJAAN

kebaikan dan keburukan cantik

  • wanita cantik mudah mendapat kerja. wajahnya dapat memikat hati majikannya. bagi majikan, wajah yang cantik dapat menarik ramai pelanggan.
  • akan tetapi, ramai rakan kerja cemburu dan membenci kerana dia menjadi pekerja kesayangan bos. wanita cantik juga menghadapi risiko diganggu pelanggan yang kaki perempuan.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • keburukan: beliau sukar mendapat pekerjaan yang baik. hanya kerja-kerja bawahan sahaja yang dirasakan sesuai untuknya.
  • rezekinya halal dan berkat insyaallah. dia tidak perlu bermekap tebal dan berhias berlebihan untuk berurusan dengan pelanggan atasan. orang yang berurusan dengannya hanya akan fokus terhadap kerja.

PERCINTAAN

kebaikan dan keburukan cantik

  • hampir setiap orang yang dicintai akan membalas cintanya itu. tidak sukar bagi beliau untuk memiliki seseorang yang disukainya.
  • orang yang dianggap mencintainya hanya memandang rupa. adakalanya mereka menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkannya. hidup tidak aman kerana selalu diganggu orang lain.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • keburukan: sesetengah orang malu untuk bercinta dengannya. dia sering kecewa apabila mencintai seseorang. terasa diri begitu kerdil dan hina pada pandangan orang.
  • tidak ada siapa yang ingin mengaut cintanya dengan ilmu hitam. mereka yang bertandang untuk mencintainya adalah kerana keperibadiannya.

JODOH

kebaikan dan keburukan cantik

  • Kebiasaannya mereka akan bertemu jodoh di awal usia. Awal- awal lagi sudah ada orang booking untuk dijadikan menantu. Jodoh bukanlah perkara yang terlalu rumit untuknya.
  • Jodohnya tidak berpanjangan. Apabila rupa kurang menawan, suami mula buat hal mencari orang yang lebih cantik. Perkahwinan atas dasar rupa akhirnya tidak membahagiakan.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • Keburukan: seolah-olah tidak ada orang yang mahu memilikinya. Usia sudah meningkat tetapi kumbang tidak juga datang kepadanya. Hidupnya penuh dengan penantian.
  • Andai tiada jodoh, beliau boleh hidup berseorangan bebas ke mana sahaja. Tiada dosa dengan insan yang bergelar suami. Andai bersuami pula, suaminya adalah orang yang tidak menilai paras rupa. Kasih sayangnya berpanjangan.

HATI

kebaikan dan keburukan cantik

  • Hatinya tenang dan sering seronok dengan kecantikan yang dikurniakan kepadanya. Kecantikannya membuatkan hatinya berbunga-bunga.
  • Hatinya mungkin mengalamai penyakit riak, ujub dan sombong. Allah menguji hati-hati mereka supaya kembali mengingat Allah apabila dipuji, namun syaitan sering menguasai dirinya supaya berbangga diri.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • Keburukan: mereka sering berasa dihina  dan rendah diri. Mereka sering membanding-bandingkan dirinya dengan orang yang lebih cantik daripadanya.
  • Perasaan bangga diri tidak menumpang pada hatinya. Seolah-olah tiada apa yang peru dibanggakannya. Beiau melalui hidup dengan sabar dan penuh kesyukuran.



Sebagai konklusi, kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Wallahua'lam

credit to http://wanwma.com/agama/perbezaan-kehidupan-si-cantik-dengan-si-kurang-cantik/?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+Wanwma+%28Cahaya+Islam%29

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday 10 May 2012

syarat untuk buat maksiat

Assalamualaikum wbt.



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday 7 May 2012

I LOVE IKRAM

Assalamualaikum wbt..

Firstly saya nak cakap jangan tertipu dengan tajuk diatas. Yes ! saya memang cintakan IKRAM. IKRAM membuatkan cita-cita yang saya pendam sejak dibangku sekolah lagi menjadi kenyataan. Sebenarnya IKRAM merupakan sebuah kelab fasilitator under UiTM Pulau Pinang. IKRAM is stands for Ikatan Kasih Rumpun Anak-anak Melayu. Kerja kami ialah kami pergi ke sekolah-sekolah dan member motivasi dan menaikkan semangat students di sekolah tersebut.

sehari sebelum menyambut junior2 baru ~~~

kelab kami pernah menang kelab terbaik seluruh uitm taw ! err..bukan riak yer ^_^

alhamdulillah booth kami menang booth terbaik semasa program ini berlangsung


Jika dikenang sebelum saya join kelab ni, memang susah. Kami perlu di interview dulu oleh senior sebelum kami layak untuk menyertai aktiviti ini. Terdapat 2 peringkat interview tu. At first saya lulus, bila dah second round tu kena pulak orang yang mengendalikan interview tu majlis tertinggi kelab, apalagi memang kena kaw2 punya soalanlah. Unfortunately saya gagal. Namun, saya tak mengalah. The next semester saya cuba lagi dan Alhamdulillah kini saya one of IKRAM’s members. Alhamdulillah…

bersama ikramies ~~

Sepanjang saya bergelar ahli IKRAM, I’ve learnt many new things. IKRAM mengajar saya supaya segala apa yang kita lakukan jangan disebabkan kita inginkan popularity tetapi untuk berjihad ke jalan Allah. Ukhwah kami sangat rapat sehinggakan senior kami yang dahulunya belajar disini and joined this club dan sekarang telah bekerja as engineer still get together with us. Hampir semua aktiviti dia join..hehe..betapa kami pentingkan ukhwah itu..

sementara menunggu solat asar dan sebelum program bermula

lead untuk student yg uzur :)


kami yang sangat giler bergamabr..tengah mkn pon still leh bergambar


sukan dipagi hari...


Pengalaman saya sebagai seorang fasiitator, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ianya sangat memberi impak dalam hidup saya. Bayangkan baru 2 hari bermalam disekolah itu dan baru 2 hari bergaul dengan pelajar sekolah tersebut, kami boleh berkongsi perasaan.. kami ketawa bersama dan kami juga menangis bersama. Sangat seronok. Dan apabila tiba saatnya untuk kami berpisah dengan para pelajar, mereka seakan-akan tidak mahu melepaskan kami. Ada yang menangis, ada yang dari hostel menjerit-jerit nama kami sewaktu kami mula naik bas untuk bertolak pulang ke kampus.



saya bersama partner saya dan group saya :)

barisan fasilitator dan pengarah program


Sejujurnya sangat penat menjadi fasilitator ini. Bukan sahaja semasa program dijalankan, namun sebelum program, hampir tiap-tiap hari kami ada mesyuarat. Perbincangan diadakan supaya program kami berjalan dengan lancar dan menambahkan soft skill kami sebagai fasilitator. Apabila program berlangsung, kami tidak ada masa untuk berehat melainkan sewaktu makan,solat dan sewaktu tidur.

betapa busy nyer kami. student pergi makan and kami mula berkumpul untuk next programme


Kebiasaanya kami akan melepaskan pelajar masuk ke hostel pada pukul 11 malam. Tetapi kami hanya akan baik berehat dihostel sebaik sahaja sesi post mortem tamat dan kebiasaannya pukul 2 baru kami boleh beransur ke hostel. Pukul 5 pagi dan kena bangun. Sangat2 penat ! tapi penat itu berbaloi kerana pelajar2 tersebut memberi respon yang positive (based on pengetua sekolah yang cakap after program itu berlangsung).

semasa sesi post mortem






Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur dapat join IKRAM. Pengalaman ini tak semua orang dapat lebih-lebih lagi apabila saya diamanahkan untuk menjadi timbalan pengarah 1 untuk IKRAM. Jawatan yang diberi bukanlah untuk dibanggakan tetapi sebagai amanah daripada senior supaya menjaga hal ehwal kelab. Ianya amat membantu soft skill saya apabila dalam dunia kerjaya kelak.

p/s: Terima kasih ya Allah kerana menemukan saya dengan kelab ini…







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday 6 May 2012

you are a muslim?

Professor : You are a Muslim, aren’t you, son ?

Student : Yes, sir.

Professor: So, you believe in GOD ?

Student : Absolutely, sir.

Professor : Is GOD good ?

Student : Sure.

Professor: Is GOD all powerful ?

Student : Yes.

Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent.)

Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good?

Student : Yes.

Professor: Is satan good ?

Student : No.

Professor: Where does satan come from ?

Student : From … GOD …

Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct?

Student : Yes.

Professor: So who created evil ?

(Student did not answer.)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?

Student : Yes, sir.

Professor: So, who created them ?

(Student had no answer.)

Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?

Student : No, sir.

Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?

Student : No , sir.

Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?

Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.

Professor: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.


Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has.



Student : Professor, is there such a thing as heat?

Professor: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Professor: Yes.

Student : No, sir. There isn’t.

(The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There was pin-drop silence in the lecture theater.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness?

Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?

Professor: So what is the point you are making, young man ?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Professor: Flawed ? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?

(The class broke out into laughter. )

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)

Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir … Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.

P.S.

I believe you have enjoyed the conversation. And if so, you’ll probably want your friends / colleagues to enjoy the same, won’t you?

Forward this to increase their knowledge … or FAITH.

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

credit to http://wanwma.com/agama/you-are-a-muslim/?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+Wanwma+%28Cahaya+Islam%29

Saturday 5 May 2012

ADAT DAN AMALAN ORANG MELAYU YANG BERCANGGAH DENGAN AMALAN RASULULLAH YANG DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMATIAN

Menyediakan jamuan untuk mereka yang datang menziarahi jenazah.

amalan ini adalah terbalik daripada apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah menganjurkan agar jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati bagi meringankan kesusahan mereka. keluarga tersebut sedang ditimpa kesedihan dan terpaksa pula menyediakan makanan untuk mereka yang datang menziarah. Amalan tersebut pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang yang tersayang.

Terpaksa menyediakan cenderamata ( kain pelekat atau duit ) sebagai upah yang menyembahyangkan jenazah.

ini memang berlaku di merata tempat. Sesiapa sahaja yang baru selesai menunaikan solat jenazah akan dihampiri oleh ahli keluarga si mati dan dihulurkan dengan sampul surat yang berisi wang RM10 ( nilai bergantung pada tuan rumah ) ataupun sehelai kain pelekat sebagai
upah solat jenazah.

Nauzubillah… solat jenazah pun hendak kena upah ke?bukankah itu fardhu kifayah bagi umat Islam?dan yang paling menyedihkan apabila anak si mati tidak bersama-sama untuk solat jenazah tetapi berada dihadapan pintu untuk mengagihkan sampul-sampul surat tersebut.

Mengadakan kenduri tahlil mengikut kiraan hari tertentu

Mengadakan kenduri tahlil mengikut kiraan hari tertentu sehingga hari kelima,ketujuh, ke 30 dan ke 100. Ini adalah amalan agama Hindu yang mempercayai adanya kepercayaan tertentu disebalik hari-hari tersebut. Bagi sesiapa yang ingin mengadakan kenduri tahlil arwah, teruskanlah tanpa menetapkan hari-hari tertentu.

menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunnah. Mengenai amalan yang mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan zaman dahulu yang mana Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu.

Wallahua’lam


Dipetik daripada buku siri soal jawab ‘Mencari RedhaMu’ oleh Ustaz Noor Hisyam Ismail.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday 4 May 2012

doa ketika rindu

Assalamualaikum wbt



Jika kamu rindukan seseorang, bacalah doa ini dan bukanlah meluahkannya kepada yang bukan halal bagi kita

[Doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku kepada ...... (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin"

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday 3 May 2012

nikmat kegembiraanku ditarik :(

Assalamualaikum wbt

Lately asyik rasa bad mood jer. Tak tahu lah apa sebabnya. Sangat tak suka dengan perasaan ni. Nak buat apa-apa pun rasa macam malas jer. So hari tu sempat beli cadburry. ‘orang’ tu tahu kalau saya makan cadburry tu ada lah yang tak kena tu. Hehe.

Ya Allah. Kuatkanlah hati ini ya Allah
Kuatkanlah iman ini
Peluklah hati ini 
Agar rindu aku kepada dia 
Tidak melebihi rindu aku padaMu
Tabahkanlah hati ini
Dan janganlah Engkau pesongkan hati ini
melalui pemberian nikmatMu ini



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ibu ayah saya nak kahwin..

ibu ayah saya nak kahwin..
::janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.


ibu ayah saya nak kahwin..
::janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.


ibu ayah saya nak kahwin..
::jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.


ibu ayah saya nak kahwin..
::walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.


ibu ayah saya nak kahwin..
::jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.


ibu ayah saya nak kahwin..
::berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.


ibu ayah saya nak kahwin..
::dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.


ibu ayah saya nak kahwin..
::percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.


ibu ayah saya nak kahwin..
::Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.


ibu ayah saya nak kahwin..
::Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.


ibu ayah saya nak kahwin..
::Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.




ibu ayah saya nak kahwin..
::Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.


ibu ayah saya nak kahwin..
::Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.


ibu ayah saya nak kahwin..
::Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.


ibu ayah saya nak kahwin..
::tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday 2 May 2012

siapa wanita cantik itu?

Assalamualaikum wbt….

Siapakah wanita cantik itu? Adakah wanita cantik itu cantik daripada segi wajahnya? Adakah juga wanita cantik itu daripada segi kulitnya yang halus dan gebu? Dan adakah juga wanita cantik itu dinilai daripada segi keseksian tubuh badannya?

Jawapan saya ialah CANTIK ITU DINILAI MELALUI DALAMANNYA TERMASUKLAH AKHLAKNYA, IBADAHNYA DAN TINGKAH LAKUNYA.

Secara jujurnya, saya mencemburui wanita yang mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang halus. Namun saya lebih mencemburui wanita yang sopan santun, menjaga perlakuannya dihadapan orang awam dan menutup aurat mereka. YA ! SAYA SANGAT CEMBURU DENGAN WANITA SEPERTI INI!

Namun, kita harus bersyukur kerana Allah telah menciptakan hambaNya dengan sempurna. jadilah seorang yang cantik bukan sahaja di mata manusia malah di pandangan Allah juga.

Antara ciri-ciri wanita yang cantik :

✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.

wallahua'lam



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday 1 May 2012

cara untuk mengelak daripada zina ~~

Assalamualaikum wbt

Dikisahkan ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Dia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari dia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain:

“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan dia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata:

“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”



Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, dia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang dia terdengar azan berkumandang. Dia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya, dia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana dia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_____^

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kamu yang suka tinggal sembahyang tu !

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah saya masih lagi diberi kesempatan untuk menulis for the next topic in this blog. Tiba-tiba fikiran ini mengenang kembali kata-kata ustazah saya semasa semester 1 dulu kalau tak silap.

JIKA KAMU MASIH SUKAR UNTUK MENGERJAKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM, CUBA KAMU PAKSA DIRI KAMU SOLAT SELAMA TUJUH HARI TANPA MENINGGALKANNYA. INSYAALLAH SELEPAS 7 HARI ITU, KAMU AKAN GELISAH JIKA TIDAK MENGERJAKANNYA.
Benar kata-kata ustazah itu. Apabila kita melakukan sesuatu perkara secara berturut-turut tanpa meninggalkannya, kita akan rasa resah dan gelisah apabila kamu cuba untuk meninggalkannya.

Kepada yang masih sukar dan malas untuk sembahyang, cubalah cara ini. Insyaallah Allah akan membantu hambaNya yang ingin berubah. Dan ingatlah bahawa hari kematian itu tidak boleh dijangka. Ianya tidak mengira jantina ataupun umur. Jadi, segeralah mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

wallahua'lam



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~