Pendahuluan
Berkata Imam as-Shafie rahimahullahuta'ala bahawa telah berfirman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi ,maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari penghitungan."
Berfirman Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w mengenai ahli al-Kitab :
"Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah ( perkara itu) diantara mereka , atau berpalinglah daripada mereka "
sampai kepada " dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah ( perkara itu) diantara mereka dengan adil ,sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
Firman Allah lagi :
" Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu ."
Firman Allah ta'ala selanjutnya :
" Dan ( menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil ."
Berkata Imam as-Shafie rahmatullah : Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabinya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya , kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil .
Makna 'adil ' ialah mengikut hukum yang telah diturunkan Allah .
Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan baginda memutuskan hukuman diantara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya daripada agama dan umatnya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi) .
Firman Allah yang bermaksud :
" Sesiapa yang taat kepada Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah ."
FirmanNYA lagi yang bermaksud :
" Maka demi tuhanmu ( mereka pada hakikatnya ) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihankan . Dan berfirmanNYA lagi yang bermaksud :
" Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya 'takut' ." Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah Kitab Allah kemudian Sunnah nabiNya s.a.w.
Tidak boleh seseorang mufti atau seseorang hakim atau menghukum sehingga masing -masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya.
Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad".
Kepimpinan yang diredhai Allah
Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa' ulummah, ayat-ayat, akhbar-akhbar diantaranya :
1. " Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung "
maksud ayat ( Ali-Imran 104 ).
Imam al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah yang zahirnya menunjukkan wajib. ''Mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan tugas tersebut merupakan Fardhu Kifayah bukan Fardhu 'Ain iaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan yang lain.
2." Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma'ruf dan menegah yang munkar. Mereka mendirikan sembahyang ".
Maksud ayat (At-Taubah 71 )
Imam Al-Ghazali menjelaskan ; Bahawa orang-orang mukmin itu telah menyifatkan mereka itu menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar .Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.
3. Sabda Rasulullah s.a.w "Wahai manusia 'Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang makruf dan menegah dari yang munkar' sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "maksud hadis riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.
4. Di Tanya kepada Khuzaifah r.a . "Siapakah bangkai bernyawa ?
Jawab beliau : Ialah orang yang tidak menegah kemungkaran baik dengan tangannya maupun dengan lidah dan hatinya.
Syarat seorang pemimpin
1. Muslim . aqal, baligh dan lelaki .
2. Adil - ertinya tidak fasik seumpama tidak meninggalkan solat , beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya . Tidak menyalahi akan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah s.a.w .
3. Berilmu - ertinya ia mengetahui perkara -perkara yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma'aruf dan yang mungkar . Mengetahui perkara -perkara yang berkaitan dengan pimpinan .
4. Mempunyai kudrat , kemampuan - ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samaada menggunakan tangan , perkataan , tulisan atau fikiran di dalam suasana apapun .
5. Beradab mengikut akhlak Islam - ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya . Selain dari itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas , jujur , tidak angkuh , riak dan sebagainya .Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat- sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment