assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Friday 27 January 2012

nukilan seorang yang bernama fathin....

Susahnya diri ini untuk berhijrah ke jalanNya. Terasa kerdilnya diri ini untuk menghadap Ilahi. Apa yang perlu dijawab pada malaikat jika nyawa ini diambil disaat kita masih dalam kelalaian? Adakah cukup solat kita 5 waktu setiap hari? Adakah kita telah membalas jasa ibu bapa kita? Adakah kitab yang mulia itu (al-Quran) merupakan kitab kegemaran kita? Adakah cukup amalan dan ilmu kita untuk dibawa ke sana? The answer is: NO!

Tiba-tiba hati terasa tersentuh apabila terbaca satu blog. “tips menutup aurat” yang ditulis oleh Farah Lee ( wife Ally Iskandar) dalam blognya http://farahinlee.blogspot.com/2011/06/tip-menutup-aurat.html. Tajuk itu sudah cukup membuatkan saya rasa tertarik untuk membacanya. It’s true saya bertudung. Tetapi bertudung bukanlah bermakna saya telah menutup aurat saya dengan sempurna. Saya mengaku sehingga saat ini, selama 20 tahun saya hidup di dunia ini, saya masih tidak berjaya untuk menutup keseluruhan aurat saya. Nafsu mengekang segala perintah Allah yang perlu saya patuhi.

Pernah satu ketika dahulu saya benar-benar ingin berhijrah dari segi menutup aurat saya. Kadang-kala berasa malu dengan diri sendiri. Murahnya maruah saya untuk dipertontonkan kepada para lelaki. Kemudian, muncul perasaan ingin melabuhkan hijab saya. Aurat perempuan dengan lelaki ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Sudah semestinya hijab perlu melepasi dada. Saya keliru antara agama dan nafsu. Hati jahil ini pernah terdetik :”kalau aku pakai labuh-labuh nanti nampak macam orang tua jer.  Pakai jeans baru la up-to-date sikit”. Astaghfirullahalazim. Seorang Islam tidak sepatutnya ada fikiran yang sebegitu.
Apabila melihat rakan-rakan seperjuangan ini bertudung labuh, selalu melangkah ke masjid untuk solat berjemaah, hati mula tersentuh. Mengagumi dengan sikap mereka yang langsung tidak menghiraukan duniawi. Mereka seolah-olah tidak kisah tentang fashion terkini. Saya tidak bermaksud mereka ini kolot tetapi hati mereka seolah-olah dapat mengawal nafsu mereka daripada mengotori agama mereka. Melihat kepada golongan ini hati rasa tenang dan terasa ingin bersahabat dengan mereka tetapi persoalan layak ke bersahabat dengan orang seperti mereka menjadi tanda tanya.

Satu malam saya muhasabah diri sebelum tidur. Apa amalan yang telah saya buat sebagai bekalan untuk hari esok? Dimana saya akan dicampakkan di alam sana? Hampir menitis air mata apabila berfikir tentang itu. Saya text seorang senior saya (Kak Hani). Bagi saya dia seorang yang solehah dan amat menjaga auratnya dan batas pergaulannya. Saya meluahkan isi hati saya kepadanya. Saya katakan kepadanya bahawa saya ingin berhijrah. Persoalan yang timbul ialah : jika saya sudah mula pakai tudung labuh, perlu ke saya meninggalkan kawan-kawan lelaki saya? Perlu ke saya meninggalkan boyfriend saya? Rasanya tidak bersedia untuk itu lagi. Kak Hani membalas dengan jawapan yang sangat ringkas tapi padat. “Fathin, bila kita sudah mula terdetik di hati untuk kita berubah ke jalan Allah, insyaallah Allah akan menjaga kita dari segala kelalaian asalkan kita istiqamah dalam setiap ibadah yang kita lakukan.” Cukup bermakna jawapan Kak Hani.

Esoknya saya nekad untuk beli tudung labuh. Semasa dalam perjalanan ke kedai untuk cari tdung itu, hati terasa berdebar-debar. Hati terdetik adakah betul apa yang saya buat ni? Saya minta pendapat kawan saya, Zana. Dia hanya mengangguk tanda menyokong apa yang saya buat. Bila dah sampai di kedai itu, tangan terketar-ketar bila memegang tudung itu. Tanpa fikir panjang saya terus membeli tudung itu. Keesokkan harinya saya sudah mula memakai tudung itu. Kawan-kawan yang terserempak dengan saya pelik dengan perubahan itu. Saya tak kisah apa yang mereka cakap. Unfortunately, apa yang saya jangkakan benar-benar berlaku. Saya memakai hijab labuh itu hanya untuk sementara. Kejadian ini terjadi apabila saya pulang ke rumah dengan memakai tudung itu. Apabila balik ke kolej balik saya memakai selendang tapi dilabuhkan selendang itu melepasi paras dada. Bila dah sampai dekat kolej barulah perasan tudung labuh saya hilang. Puas saya cari. Then saya call mak saya , bertanyakan tentang tudung itu tapi mak cakap tak nampak pulak tudung tu kat rumah. Mulai dari hari itu saya start pakai selendang. Makin lama makin singkat selendang tu. Dah jauh rasanya dari matlamat saya untuk berubah. Mungkin Allah ingin menguji saya pada ketika itu. Dan saya tunduk kepada nafsu saya. Saya kembali kepada diri saya yang asal. Yang jauh terpesong dari ajaran Islam.

Suara-suara sumbang ada yang mengutuk diri saya. Sampaikan ada yang cakap saya seorang munafik. Saya tidak kisah dengan pandangan orang. Allah sahaja yang tahu apa yang berada dalam fikiran saya. Munafik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada orang lain. Orang lain tidak berhak menghukum sesama manusia.
 
Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku untuk terus ke jalan Mu. Jadikanlah aku seorang yang ikhlas dan istiqamah dalam setiap ibadah yang aku kerjakan selama ini. Insyaallah saya akan cuba mengubah diri ini secara perlahan sama ada dari segi pergaulan, percakapan dan dari segi aurat supaya menjadi muslimah yang solehah. Saya mengharapkan ada seseorang yang dapat mengubah diri saya untuk terus berjuang menundukkan nafsu ini. Insyaallah…

Sunday 22 January 2012

terima kasih :)

Thanks to government sebab bagi RM200 untuk semua student IPTA. I’m not very sure about pelajar sekolah menengah dapat ke tak but this kind of voucher sangat la membantu I dalam membuat koleksi buku.









Tersangatlah happy dan puas hati bila dapat beli buku-buku ni semua. And tersangatlah teruja nak pergi kedai buku sebab nak shopping buku banyak-banyak. Dengan tersenyum lebarnya melangkah ke kedai buku and every single inch kat kedai buku tu I explore untuk cari buku-buku yang best. Maklumlah free jerk an. So main ambil je la. Before nak bayar I kira la dulu dah cukup RM200 belum buku-buku yang I ambil tu. Dah kira-kira baru lah tahu dah terlebih RM200 pulak. So tak kisah. Boleh tambah duit. Tapi bila dah sampai kaunter, cashier tu cakap lagi RM12 something yang tak cukup. Owh rupanya buku-buku tu ada diskaun. Bertambah la senyuman I sebab dapat tambah lagi satu buku. Hehehe.

Thanks again to government. And thanks to kedai buku popular sebab buku kat situ sangat lah best!

Sunday 1 January 2012

1.1.2012

Assalamualaikum w.b.t

Happy new year to Malaysians. Syukur Alhamdulillah because we are given the opportunity to still alive. Hari ini merupakan tahun baru bagi tahun 2012. Sedar tak sedar umur I dah hampir 20 tahun tetapi amalan untuk dibawa ke sana rasanya hanya 20% je. Banyak lagi yang perlu I buat untuk persediaan ke sana.

Hari ini genaplah setahun wan (my grandmom) meninggal. Rasa macam cepat je masa berlalu. Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat dekat wan. I sangat rapat dengan wan since I kecil lagi. Arwah yang jaga I semasa I kecil sebab my parents busy. Arwah sangat penyayang orangnya and sabar melayan kenakalan my brother and I. Arwah sangat mementingkan soal anak-anak dan cucunya. Arwah wan tak pernah kedekut. Ada je barang yang dia beli untuk I and abang-abang I since sepupu I yang lain semua menetap di negeri orang.

                Arwah wan selalu bawak I pergi dengar ceramah dekat surau masa I umur 7 tahun dulu. It’s not ‘ceramah’ actually but it’s more to discussion about current issues. I ingat lagi, at first I dengar je la apa yang diorang discuss but bila dah lama-lama rasa macam mengantuk pulak. Tapi disebabkan segan nak tidur I tahan je la mata ni. Disebabkan tak tahan mengantuk, I tidur je la sambil duduk. Bila dah sedar, baru tahu I terlentok kat bahu wan. And masa tu ustazah yang lead discussion tu tengah pandang i. haha. What a shame ! ustazah tu suruh I tidur je. Maybe sebab dia kesian. Mana tak kesiannya, baru balik dari sekolah then ikut arwah wan ke surau. Memang la penat. Tapi I tak kisah sebab I yang nak ikut actually.

                Arwah wan sangat menitikberatkan soal agama. Dia banyak mengamalkan doa-doa and zikir. Dia selalu suruh I baca surah Yassin bila malam jumaat. Sebelum kami baca Yassin, arwah wan akan terangkan serba sedikit pasal hari kiamat nanti. Bila dia ada terbaca doa yang baru, dia akan tnjuk kat I and suruh I ikut sama. I ingat lagi masa I 6 tahun, dia sangat marah kalau I pakai dress yang labuhnya paras lutut. Kalau nak diikutkan memang la takpe kalau budak yang baru berumur 6 tahun pakai tak menutup aurat sebab belum baligh but I tahu dia marah sebab dia nak latih I pakai pakaian menutup aurat dari kecil lagi.

                Banyak kenangan I dengan arwah wan. Dia sangat baik orangnya and sangat sopan santun. I miss her a lot! harap arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman dan jauhkan lah arwah dari azab kubur dan azab api neraka. Al-fatihah….