assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Monday 30 April 2012

April Fool – perayaan sempena pembunuhan saudara sesama Islam...

Assalamualaikum wbt..


Setiap kali tibanya bulan April, pasti ada yang terkena. Terkena sakat ! kemudian dilaungkan dengan penuh gembira, April Fool !! ‘April Fool’..secara amnya adalah hari di mana perbuatan memperolok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya. Apabila difikir-fikir semula, siapa sebenarnya yang fool (bodoh) itu? Bulan April ke? Atau orang yang kena tipu? Atau orang yang menyakat? Atau semua orang jadi bodoh apabila tiba bulan April?

JAWAPANNYA IALAH ORANG YANG MENGASASKAN SAMBUTAN INI, DIIKUTI DENGAN ORANG YANG MENYAMBUT DAN MENYOKONGNYA YANG SEBENARNYA ‘FOOL’ ITU DAN BUKANLAH ORANG YANG KENA SAKAT.

April Fool’s Day ini mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka buat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya ( 1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, masyarakat yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan Aprill Fool tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam sendiri.

Wallahua’lam……

Thursday 26 April 2012

result ~~ alhamdulillah ya allah


Alhamdulillah syukur kepada Allah. Hari ini result untuk semua student UiTM diumumkan. And I’m not so sure about the other students who study at the other university. Selepas kejatuhan last 2 sem, saya berjaya naikkan balik pointer.

ONCE AGAIN ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Kejatuhan last 2 sem was the turning point for me to change the way I study. Even pointer kali ini tak mencapai target, mak sentiasa nasihatkan saya supaya bersyukur dengan apa yang dicapai. Tetapi bukan setakat bersyukur, malah make an improvement for the next result. Insyaallah saya akan work hard for next semester.

Dan Alhamdulillah again sebab subjek yang kebanyakan ramai student yang failed utk subjek hydraulic and water, saya dapat tanganinya.. and I’ve got A for it. Alhamdulillah again. Cuma yang agak frust sebab subject yang hafal kurang memuaskan. Whatever it is still pass.


ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH



Sunday 22 April 2012

antara wanita yang dicintai iblis...



Wanita yang derhaka kepada Allah

  • Mereka yang tidak pernah langsung sujud dan tidak pernah taat pada perintah Allah (susah untuk beribadat kepada Allah) mereka hanya tahu berhibur dan membuat maksiat.
Wanita yang pendendam
  • Perasaan dendam wujud apabila kita dikhianati oleh orang lain. Apabila syaitan menjalankan tugasnya iaitu membisikkan kata-kata dendam ke dalam diri kita dan kita mengikut kata-kata itu, maka dendam tersebut lebih membuak-buak.
Wanita yang derhaka kepada ibu bapa
  • Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654
Wanita yang derhaka kepada suami
  • Seorang isteri wajib taat kepada suami. Suami merupakan insan paling penting dalam hidup seorang isteri apabila mereka sudah sah diijab kabulkan. Isteri yang derhaka kepada suami juga dinamakan juga sebagai isteri yang nusyuz.
Wanita yang derhaka kepada mertua
  • Sungguhpun sekadar ibu mertua, tapi apabila kita sudah berkahwin itu bermakna mereka merupakan sebahagian daripada keluarga kita. Anggaplah mereka sebagai keluarga kandung kita.jagalah hati mereka seperti kita menjaga hati kedua-dua ibu bapa kita. Insyaallah syurga menanti kita.
Wanita yang mengabaikan anak
  • Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai oleh Allah SWT. Seperti yang kita boleh lihat, remaja sekarang langsung tidak gentar untuk membuang bayi yang tidak berdosa itu. Alangkah kasihan kebada bayi-bayi itu. Semua ini disebabkan oleh kemaksiatan yang berleluasa. Nauzubillah…
Wanita yang suka buat fitnah
  • Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu. Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang
  • Antara cirri-ciri pakaian tapi bertelanjang ialah
  • Pakaian yang nipis
  • pakaian yang ketat
  • pakaian yang berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang ramai
  • pakaian yang menyerupai lelaki
  • pakaian yang menyerupai orang kafir
Wanita yang mendedahkan aurat
  • Diharamkan bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya, maksudnya:    “Dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya”(An-Nur: 31)

Monday 16 April 2012

aku pasrah.....

Tidak ada perkataan lain yang dapat diluahkan….hanyalah..


walaupun aku sendiri aku tetap perlu berdiri
dan walaupun aku jatuh aku harus bangkit untuk masa depanku...

Thursday 12 April 2012

sehari selepas gempa bumi ^_^



Assalamualaikum w.b.t

Semalam baru dapat berita amaran tsunami dikeluarkan. Even kat Terengganu tak termasuk dalam list negeri yang kena amaran tu, tapi still rasa risau.

Walaupun risau, hari ni my friends and i pergi pantai jugak. Hehehe.. boring punya pasal duk kat rumah cuti-cuti ni. So pergilah pantai and jalan-jalan. sangat-sangat cantik pemandangan masa tu. langit ciptaan Ilahi ini sangat mendamaikan bila dipandang. Bila dah jalan-jalan tu of course la snap picture tu mesti ada.WAJIBBBB okey ! hehehe.

best friend ever :)

tak pandai amik gambar sorang-sorang -.-





kami yang gila-gila !!

cantiknya langit ^_^








Sunday 8 April 2012

peminta sedekah ~~

Assalamualaikum w.b.t

Pada petang tadi (almost maghrib) saya teman mak saya pergi bank. Biasalah cuti semester ni buat part time jadi driver mak la. and masa kat bank, saya tunggu dalam kereta. Then bila dah selesai, mak tanya:

Mak : “ budak yang mintak derma tu betul-betul ke dari rumah anak yatim yer?”
Me: “entahlah.” (Speechless)

Kalau difikirkan secara logik, adakah rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak yatim ini mengajar budak seumur 9 tahun untuk pergi meminta derma? Dan jika betul mereka diajar begitu, mustahil cikgu yang mengajar mereka itu akan meninggalkan mereka mengutip derma sehingga malam. Nonsense right?

Saya pernah mendengar ada sebuah siaran radio ini, dia cakap jika kita nak menderma, dermalah dengan ikhlas dan bukannya menafikan dari mana mereka datang dan dengan apa alasan mereka meminta sedekah. Yes its true but at the same time hati jahil ini kadang-kadang tertanya-tanya juga adakah betul apa yang budak itu katakan. Adakah rumah kebajikan mengajar mereka supaya bergantung kepada orang lain dengan cara meminta sedekah?

Bagi pendapat saya, budak-budak seperti ini bukanlah daripada rumah anak yatim tetapi mereka disuruh oleh orang yang tidak bertanggungjawab agar meminta sedekah di tepi jalanan untuk kepentingan sendiri. Dan saya rasa agak tidak keterlaluan untuk saya mengatakan pihak ini telah mencemarkan nama baik rumah-rumah kebajikan kerana dengan perbuatan ini bangsa lain akan memandang serong kepada bangsa melayu yang majoritinya Islam.

Jika mereka benar-benar daripada rumah anak yatim, bagi pendapat saya banyak lagi cara untuk memperoleh wang dan bukanlah menyuruh mereka untuk meminta simpati dengan masyarakat. Didiklah mereka supaya menjadi insan yang dapat menaikkan nama Negara dan bukanlah mendidik mereka agar selalu duduk di bawah orang ( selalu ditindas ).

dan dibawah ini ada beberapa faedah jika kita memberi sedekah :



Wallahua’lam

p/s: sorry jika ada terkasar bahasa or silap dalam menilai. Saya hanya seorang yang memerhati dan mengkaji.. ^_^

Friday 6 April 2012

role of hijab

Assalamualaikum w.b.t

Thank you to Allah, the Most Gracious and the Most Merciful because You still give me chance to enjoy this beautiful life. Alhamdulillah ya Allah. And I’m here to share about my opinion related to the title above.
First and foremost I would like to ask forgiveness for what I’m going to say because it’s just based on my opinion, and I’m in learning so probably my opinion is wrong.

What is hijab?
Hijab means something that cover up your hair and your chest traditionally worn by muslim women and modest women styles of dress.  As in Quran said that muslim women must covered up their “aurat” which is all of part of body except face and palm.


"O Prophet! Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies. That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be molested. "(Al-Ahzab: 59)


As we can see today many style of hijab that have been introduced to women. It is because women want to look beautiful. I admit that those type of fashions look very beautiful but it’s actually takes away the meaning of hijab. Hijab is refer to the way we act, the way talk and hijab also refers to modesty.



Modesty means that the manner of person that we can judge her as kind of person or whatsoever. Sometimes women that wearing hijab have overlooked this kind of factor. I’m not said that all women don’t take care of their modesty but some of them do.

The mistakes that ever occur for those who are wearing hijab are they like to show off their chest, neck and some people like to show off their hair too even they are wearing hijab (those who have long hair). Some women also like to make the ‘bonggol unta’ so that they can show to the man that they have long hair or whatsoever. It doesn’t make any sense even you are wearing hijab.


Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).



So I think whatever the fashion it is, you can follow it but as long as you remember the requirement of wearing hijab, so insyaAllah you in His bless. So be carefully women out there. These are common mistakes that sometimes make us overlooked with that.

wallahua’lam..

p/s: this is dedicated to me also ^_^

Sunday 1 April 2012

diet cara Rasulullah... ^_^

Jangan makan susu + daging
Jangan makan daging + ikan
Jangan makan ikan + susu
Jangan makan ayam + susu
Jangan makan ikan + telur
Jangan makan ikan + daun salad
Jangan makan susu + cuka
Jangan makan buah + susu (koktel)


Jangan sesekali tinggal makan malam
Jangan makan buah selepas makan nasi
Tidur 1 jam selepas makan tengahari

p/s: cuba amalkan diet Rasulullah ni. insyaAllah sihat la kita yer ^_^