assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Sunday, 8 April 2012

peminta sedekah ~~

Assalamualaikum w.b.t

Pada petang tadi (almost maghrib) saya teman mak saya pergi bank. Biasalah cuti semester ni buat part time jadi driver mak la. and masa kat bank, saya tunggu dalam kereta. Then bila dah selesai, mak tanya:

Mak : “ budak yang mintak derma tu betul-betul ke dari rumah anak yatim yer?”
Me: “entahlah.” (Speechless)

Kalau difikirkan secara logik, adakah rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak yatim ini mengajar budak seumur 9 tahun untuk pergi meminta derma? Dan jika betul mereka diajar begitu, mustahil cikgu yang mengajar mereka itu akan meninggalkan mereka mengutip derma sehingga malam. Nonsense right?

Saya pernah mendengar ada sebuah siaran radio ini, dia cakap jika kita nak menderma, dermalah dengan ikhlas dan bukannya menafikan dari mana mereka datang dan dengan apa alasan mereka meminta sedekah. Yes its true but at the same time hati jahil ini kadang-kadang tertanya-tanya juga adakah betul apa yang budak itu katakan. Adakah rumah kebajikan mengajar mereka supaya bergantung kepada orang lain dengan cara meminta sedekah?

Bagi pendapat saya, budak-budak seperti ini bukanlah daripada rumah anak yatim tetapi mereka disuruh oleh orang yang tidak bertanggungjawab agar meminta sedekah di tepi jalanan untuk kepentingan sendiri. Dan saya rasa agak tidak keterlaluan untuk saya mengatakan pihak ini telah mencemarkan nama baik rumah-rumah kebajikan kerana dengan perbuatan ini bangsa lain akan memandang serong kepada bangsa melayu yang majoritinya Islam.

Jika mereka benar-benar daripada rumah anak yatim, bagi pendapat saya banyak lagi cara untuk memperoleh wang dan bukanlah menyuruh mereka untuk meminta simpati dengan masyarakat. Didiklah mereka supaya menjadi insan yang dapat menaikkan nama Negara dan bukanlah mendidik mereka agar selalu duduk di bawah orang ( selalu ditindas ).

dan dibawah ini ada beberapa faedah jika kita memberi sedekah :



Wallahua’lam

p/s: sorry jika ada terkasar bahasa or silap dalam menilai. Saya hanya seorang yang memerhati dan mengkaji.. ^_^

No comments:

Post a Comment