Setiap kali tibanya bulan April, pasti ada yang terkena. Terkena sakat ! kemudian dilaungkan dengan penuh gembira, April Fool !! ‘April Fool’..secara amnya adalah hari di mana perbuatan memperolok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya. Apabila difikir-fikir semula, siapa sebenarnya yang fool (bodoh) itu? Bulan April ke? Atau orang yang kena tipu? Atau orang yang menyakat? Atau semua orang jadi bodoh apabila tiba bulan April?
JAWAPANNYA IALAH ORANG YANG MENGASASKAN SAMBUTAN INI, DIIKUTI DENGAN ORANG YANG MENYAMBUT DAN MENYOKONGNYA YANG SEBENARNYA ‘FOOL’ ITU DAN BUKANLAH ORANG YANG KENA SAKAT.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka buat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya ( 1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, masyarakat yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan Aprill Fool tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam sendiri.
Wallahua’lam……
No comments:
Post a Comment