assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Sunday 22 April 2012

antara wanita yang dicintai iblis...



Wanita yang derhaka kepada Allah

  • Mereka yang tidak pernah langsung sujud dan tidak pernah taat pada perintah Allah (susah untuk beribadat kepada Allah) mereka hanya tahu berhibur dan membuat maksiat.
Wanita yang pendendam
  • Perasaan dendam wujud apabila kita dikhianati oleh orang lain. Apabila syaitan menjalankan tugasnya iaitu membisikkan kata-kata dendam ke dalam diri kita dan kita mengikut kata-kata itu, maka dendam tersebut lebih membuak-buak.
Wanita yang derhaka kepada ibu bapa
  • Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654
Wanita yang derhaka kepada suami
  • Seorang isteri wajib taat kepada suami. Suami merupakan insan paling penting dalam hidup seorang isteri apabila mereka sudah sah diijab kabulkan. Isteri yang derhaka kepada suami juga dinamakan juga sebagai isteri yang nusyuz.
Wanita yang derhaka kepada mertua
  • Sungguhpun sekadar ibu mertua, tapi apabila kita sudah berkahwin itu bermakna mereka merupakan sebahagian daripada keluarga kita. Anggaplah mereka sebagai keluarga kandung kita.jagalah hati mereka seperti kita menjaga hati kedua-dua ibu bapa kita. Insyaallah syurga menanti kita.
Wanita yang mengabaikan anak
  • Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai oleh Allah SWT. Seperti yang kita boleh lihat, remaja sekarang langsung tidak gentar untuk membuang bayi yang tidak berdosa itu. Alangkah kasihan kebada bayi-bayi itu. Semua ini disebabkan oleh kemaksiatan yang berleluasa. Nauzubillah…
Wanita yang suka buat fitnah
  • Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu. Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang
  • Antara cirri-ciri pakaian tapi bertelanjang ialah
  • Pakaian yang nipis
  • pakaian yang ketat
  • pakaian yang berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang ramai
  • pakaian yang menyerupai lelaki
  • pakaian yang menyerupai orang kafir
Wanita yang mendedahkan aurat
  • Diharamkan bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya, maksudnya:    “Dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya”(An-Nur: 31)

No comments:

Post a Comment