assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Sunday 22 July 2012

hijrah kedua ku...

Assalamualaikum wbt..

Untuk pertama kalinya secara rasmi saya keluar dari bilik saya dengan mengenakan satu pakaian yang saya rasa saya belum layak lagi untuk memakainya. NIQAB. Dah lama berhajat untuk berniqab, namun disebabkan baru sebulan lebih saya mengenakan tudung labuh, rasanya belum cukup kuat hati ini untuk berniqab seperti sahabat-sahabat yang lain.

Bismillahirrahmanirrahim….

Saya cuba memakainya, itupun secara sorok-sorok dalam tandas. Segan jika roommate tahu saya pakai niqab. Entah apa yang nak disegankan, padahal benda tu benda yang baik.

“bila agaknya aku boleh pakai macam ni di tempat awam?adakah keluarga aku akan menerima perubahan drastic aku ini?” bisik hati kecilku.

Lalu saya terus mencabut niqab itu, dan bersiap-siap untuk berbuka puasa bersama sahabat-sahabat yang saya menganggap mereka sebagai keluarga saya disini.

Dan setelah Kak Dila menjemput saya dan rakan-rakan untuk ke bazaar ramadhan, saya lihat dia berniqab..cantik. dalam hati terdetik untuk memakainya juga..

“kak Dila..Fatin ada bawak ‘benda’ tu jugak.”

“benda apa?” tanya Kak Dila

“niqab” jawab ku ringkas namun cukup untuk dia faham.

“pakai lah dik. Cuba pakai untuk hari ni”

Hati ini belum kuat untuk memakainya di tempat awam. Namun saya cuba untuk menyarungkannya juga..

Dan sekali lagi…bismillahirrahmanirrahim…

saya keluar dari kereta dan menuju ke gerai-gerai yang terletak di hadapan politeknik Seberang Perai. Namun kali ini, penampilan saya berbeza. Saya mengenakan niqab.

Dan saya dapat merasakan perbezaannya. Dulu, bila terserempak dengan lelaki, mereka berjalan tanpa menghiraukan perempuan disekeliling mereka. bersentuhan antara bahu ke bahu itu sudah biasa. Namun apabila mengenakan niqab ini, para lelaki akan berusaha untuk tidak bersentuhan dengan saya. Maksudnya mereka berusaha untuk mengelak.

"mereka lebih menghormati perempuan yang menutup aurat" bisik hatiku.

Semasa berjalan-jalan di bazaar, saya ada terserempak dengan rakan-rakan. Ada yang terkejut dengan penampilan saya dan ada juga yang tak cam. Segan pulak rasanya bila kawan-kawan melihat penampilan terbaru saya ini…rasanya belum cukup layak lagi.

Namun, Alhamdulillah saya memakai niqab itu sepanjang saya berada di luar kampus tanpa menanggalkannya kecuali semasa makan. Disebabkan tidak biasa dengan berniqab, saya terpaksa untuk membuka sekejap niqab itu semasa makan.

Alhamdulillah hari pertama berpuasa pada tahun ini merupakan hari pertama saya berniqab. Mungkin selepas ini saya tidak berniqab secara berterusan namun saya akan cuba ke arah itu. Insyaallah…mohon dipermudahkan urusanku untuk menghampiriMu Ya Rabb…

kak dila and me


~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 comments: