assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Wednesday, 2 May 2012

siapa wanita cantik itu?

Assalamualaikum wbt….

Siapakah wanita cantik itu? Adakah wanita cantik itu cantik daripada segi wajahnya? Adakah juga wanita cantik itu daripada segi kulitnya yang halus dan gebu? Dan adakah juga wanita cantik itu dinilai daripada segi keseksian tubuh badannya?

Jawapan saya ialah CANTIK ITU DINILAI MELALUI DALAMANNYA TERMASUKLAH AKHLAKNYA, IBADAHNYA DAN TINGKAH LAKUNYA.

Secara jujurnya, saya mencemburui wanita yang mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang halus. Namun saya lebih mencemburui wanita yang sopan santun, menjaga perlakuannya dihadapan orang awam dan menutup aurat mereka. YA ! SAYA SANGAT CEMBURU DENGAN WANITA SEPERTI INI!

Namun, kita harus bersyukur kerana Allah telah menciptakan hambaNya dengan sempurna. jadilah seorang yang cantik bukan sahaja di mata manusia malah di pandangan Allah juga.

Antara ciri-ciri wanita yang cantik :

✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.

wallahua'lam



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment