assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Saturday 5 May 2012

ADAT DAN AMALAN ORANG MELAYU YANG BERCANGGAH DENGAN AMALAN RASULULLAH YANG DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMATIAN

Menyediakan jamuan untuk mereka yang datang menziarahi jenazah.

amalan ini adalah terbalik daripada apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah menganjurkan agar jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati bagi meringankan kesusahan mereka. keluarga tersebut sedang ditimpa kesedihan dan terpaksa pula menyediakan makanan untuk mereka yang datang menziarah. Amalan tersebut pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang yang tersayang.

Terpaksa menyediakan cenderamata ( kain pelekat atau duit ) sebagai upah yang menyembahyangkan jenazah.

ini memang berlaku di merata tempat. Sesiapa sahaja yang baru selesai menunaikan solat jenazah akan dihampiri oleh ahli keluarga si mati dan dihulurkan dengan sampul surat yang berisi wang RM10 ( nilai bergantung pada tuan rumah ) ataupun sehelai kain pelekat sebagai
upah solat jenazah.

Nauzubillah… solat jenazah pun hendak kena upah ke?bukankah itu fardhu kifayah bagi umat Islam?dan yang paling menyedihkan apabila anak si mati tidak bersama-sama untuk solat jenazah tetapi berada dihadapan pintu untuk mengagihkan sampul-sampul surat tersebut.

Mengadakan kenduri tahlil mengikut kiraan hari tertentu

Mengadakan kenduri tahlil mengikut kiraan hari tertentu sehingga hari kelima,ketujuh, ke 30 dan ke 100. Ini adalah amalan agama Hindu yang mempercayai adanya kepercayaan tertentu disebalik hari-hari tersebut. Bagi sesiapa yang ingin mengadakan kenduri tahlil arwah, teruskanlah tanpa menetapkan hari-hari tertentu.

menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunnah. Mengenai amalan yang mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan zaman dahulu yang mana Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu.

Wallahua’lam


Dipetik daripada buku siri soal jawab ‘Mencari RedhaMu’ oleh Ustaz Noor Hisyam Ismail.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment