assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Sunday, 29 July 2012

selamat tinggal niqabku......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Tersentak seketika apabila mendapat panggilan daripada ibu yang sangat disayangi. Pada mulanya kami berborak kosong dan saya meminta izin untuk keluar mencari barang-barang keperluan untuk iftar nanti. Dan soalan yang saya langsung tidak menjangkakan terpacul keluar daripada mulut seorang ibu itu.

“fathin dah berpurdah ke sekarang?” tanya ibuku.

Soalan itu benar-benar membuatkan saya rasa sangat berdebar. Saya diam seketika. Dan sekali lagi ibuku mengulangi soalan itu. Dan saya hanya mampu menjawab “ Ya ma”.

Sebenarnya saya belum bersedia untuk memberitahu keluarga tentang hal ini. Hal yang saya rasakan cukup berat untuk saya pikul dan saya amat mengharapkan sokongan orang sekeliling saya. Saya bercadang untuk bertanyakan pendapat kepada ibu saya tentang gadis berniqab. Namun, dia lebih cepat daripada saya untuk bertanyakan soalan itu.

“kenapa tak pakai masa kita jumpa kat perlis haritu?” soal ibuku lagi.

“masa tu Fathin tak start pakai lagi.”

“kenapa terlalu drastic?” soal ibuku lagi.

Ya Allah…apa yang perlu saya jawab? Lidahku kelu untuk menjawab soalan itu. Saya lancar untuk menjawab soalan itu setiap kali rakan-rakan saya bertanyakan saya tentang hal itu. Namun kali ini, lidahku kelu untuk berkata-kata.

“Ma tak bagi fathin berniqab ke?” saya menduga.

“Ma tak nak Fathin jadikan niqab itu sebagai fesyen. Sekejap pakai itu, sekejap pakai ini.”

Saya hanya mampu untuk berdiam. Entah mengapa rasa pedih di hati. Air yang ditampung oleh mata hampir jatuh ke bumi namun saya gagahkan juga.

“bertudunglabuh itu sudah cukup untuk seorang perempuan menjaga auratnya. Ma lebih suka Fathin pakai tudung labuh.” Sambung ibuku lagi.

Saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan mengiyakan permintaan ibuku. Saya sedar hukum berniqab itu sendiri ialah sunat. Tidak berdosa jika saya tidak memakainya namun ganjaran pahala itu sudah tentu jika saya memakainya. Namun mengingkari perintah ibu bapa itu merupakan dosa besar.

Pada mulanya saya agak kecewa apabila satu-satunya orang yang sangat rapat dengan saya tidak bersetuju dengan perubahan saya. Namun jika difikirkan kembali, mungkin ada hikmahnya. Ma telah mengandungkan saya, membesarkan saya sehingga sekarang. Dia sudah masak benar dengan perangai anak tunggal perempuannya ini. Mungkin betul cakap ma. Bertudung labuh itu sudah cukup untuk menutup aurat. Saya akur dengan permintaan ibu tercinta.

Bismillahirrahmanirrahim…

29 Julai 2012

“hari ini hari last saya berniqab. Dan saya akan memanfaatkannya sebaik yang mungkin.”bisik hatiku.
Mungkin 29 Julai merupakan hari terakhir saya berniqab. Saya tidak mahu membuat hati ibu saya risau. Mungkin dia tidak boleh terima perubahan ini kerana terlalu drastic. Baru sebulan lebih saya memakai tudung labuh dan tiba-tiba dia mendapat berita bahawa saya berniqab. Saya tidak menyalahkan ibu saya. Ya, memang terlalu drastic.

Ma… jawapan untuk soalan ma itu, fatin sayang Allah..fatin sayang abah and ma. Fatin bertudung labuh disebabkan oleh fatin tak nak abah masuk neraka. Sebab fatin pernah terbaca satu kata-kata:

“Selangkah anak keluar tanpa menutup aurat, selangkah ayahnya ke neraka jahannam.”
Dan jawapan kepada soalan ma kenapa fatin berniqab, alam remaja sangat mencabar dan fatin senang untuk terpengaruh. Dengan berniqab, fatin rasa lebih muhasabah diri, lebih berjaga-jaga dalam setiap tindakan. Itu sebabnya penampilan fatin lain daripada dulu.

Ma….fatin sayang ma dan abah. Semoga ma dan abah boleh terima perubahan drastic fatin ini… :’)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, 23 July 2012

ya allah..aku jatuh cinta

Apabila kita redha dengan perpisahan yang telah ditakdirkan, Allah akan menghantar kepada kita yang lebih baik. Saya hanya berpegang kepada dua prinsip.

“ Jika dia ditakdirkan untuk engkau, sejauh mana pun dia berada akhirnya engkau akan bersatu juga dengannya. Namun jika engkau mencemari cinta itu dengan kemaksiatan, dan jika dia mengahwinimu sekalipun, perkahwinan kamu akan di cemari oleh kemaksiatan yang hina itu. “

Saya sangat berpegang kepada kata-kata ini. Ianya sangat bermakna. Dan satu lagi prinsip yang saya baru temui dan akan menerapkan dalam diri saya:

“Bercinta selepas kahwin itu lebih bahagia.”



Dalam diam hati ini terpaut pada seorang lelaki yang menurut kawan-kawan saya dia seorang yang baik budi pekertinya. Dan saya juga sangat senang dengan cara pergaulan dia dengan kawan-kawannya terutama kawan perempuan. Saya hanya mampu melihat dari jauh. Kerana saya pasti jodoh itu telah ditetapkan.

Ya Rabb..permudahkanlah urusanku dan dia. Jauhkanlah kami dari maksiat.lindungilah kami dibawah sinar keimananMu.

Aamiin…………

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, 22 July 2012

hijrah kedua ku...

Assalamualaikum wbt..

Untuk pertama kalinya secara rasmi saya keluar dari bilik saya dengan mengenakan satu pakaian yang saya rasa saya belum layak lagi untuk memakainya. NIQAB. Dah lama berhajat untuk berniqab, namun disebabkan baru sebulan lebih saya mengenakan tudung labuh, rasanya belum cukup kuat hati ini untuk berniqab seperti sahabat-sahabat yang lain.

Bismillahirrahmanirrahim….

Saya cuba memakainya, itupun secara sorok-sorok dalam tandas. Segan jika roommate tahu saya pakai niqab. Entah apa yang nak disegankan, padahal benda tu benda yang baik.

“bila agaknya aku boleh pakai macam ni di tempat awam?adakah keluarga aku akan menerima perubahan drastic aku ini?” bisik hati kecilku.

Lalu saya terus mencabut niqab itu, dan bersiap-siap untuk berbuka puasa bersama sahabat-sahabat yang saya menganggap mereka sebagai keluarga saya disini.

Dan setelah Kak Dila menjemput saya dan rakan-rakan untuk ke bazaar ramadhan, saya lihat dia berniqab..cantik. dalam hati terdetik untuk memakainya juga..

“kak Dila..Fatin ada bawak ‘benda’ tu jugak.”

“benda apa?” tanya Kak Dila

“niqab” jawab ku ringkas namun cukup untuk dia faham.

“pakai lah dik. Cuba pakai untuk hari ni”

Hati ini belum kuat untuk memakainya di tempat awam. Namun saya cuba untuk menyarungkannya juga..

Dan sekali lagi…bismillahirrahmanirrahim…

saya keluar dari kereta dan menuju ke gerai-gerai yang terletak di hadapan politeknik Seberang Perai. Namun kali ini, penampilan saya berbeza. Saya mengenakan niqab.

Dan saya dapat merasakan perbezaannya. Dulu, bila terserempak dengan lelaki, mereka berjalan tanpa menghiraukan perempuan disekeliling mereka. bersentuhan antara bahu ke bahu itu sudah biasa. Namun apabila mengenakan niqab ini, para lelaki akan berusaha untuk tidak bersentuhan dengan saya. Maksudnya mereka berusaha untuk mengelak.

"mereka lebih menghormati perempuan yang menutup aurat" bisik hatiku.

Semasa berjalan-jalan di bazaar, saya ada terserempak dengan rakan-rakan. Ada yang terkejut dengan penampilan saya dan ada juga yang tak cam. Segan pulak rasanya bila kawan-kawan melihat penampilan terbaru saya ini…rasanya belum cukup layak lagi.

Namun, Alhamdulillah saya memakai niqab itu sepanjang saya berada di luar kampus tanpa menanggalkannya kecuali semasa makan. Disebabkan tidak biasa dengan berniqab, saya terpaksa untuk membuka sekejap niqab itu semasa makan.

Alhamdulillah hari pertama berpuasa pada tahun ini merupakan hari pertama saya berniqab. Mungkin selepas ini saya tidak berniqab secara berterusan namun saya akan cuba ke arah itu. Insyaallah…mohon dipermudahkan urusanku untuk menghampiriMu Ya Rabb…

kak dila and me


~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, 20 July 2012

tiga perkara yang kita perlu tahu...

Hati tersentap seketika pada sebuah sabda Nabi SAW yang begitu mendalam maksudnya. Ia telah direkodkan oleh At-Thabrani..

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail).. 

bermuhasabah diri itu penting. ustaz saya pernah berkata, sebelum kita tidur, muhasabahlah diri. fikirkan kembali apa yang telah kita lakukan pada hari ini. adakah ia menepati apa yang disuruh dalam Islam ataupun kita membuat sesuatu itu tanpa mengikut landasan yang betul. jadikan muhasabah diri sebelum tidur sebagai satu amalan supaya kita sentiasa ingat Allah dan ingat apa yang disuruh dan dilarang olehNya.

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~syifa an-nur~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, 10 July 2012

He loves me

Assalamualaikum wbt.

Kehidupan sekarang sangat mendamaikan. Jauh lebih mendamaikan berbanding dulu. Dia cintakan saya. Dan saya juga cintakan dia. I LOVE HIM SO MUCH !

Alhamdulillah dengan penghijrahan saya kali ini, saya rasa dia semakin sayang pada saya. Rasa hati ini terlalu dekat dengannya. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan dia. Saya tahu dia sangat suka apa yang ada pada saya sekarang berbanding dahulu.

9 Jun 2012

Tarikh keramat bagi saya dan dia. Dia telah membukakan hati dan mata saya untuk berjalan di atas muka bumi ini dengan cara yang betul. Mungkin ianya merupakan suatu petunjuk kepada saya untuk tidak lalai daripada tujuan sebenar kita dihidupkan.

Dan Alhamdulillah juga, setelah penghijrahan ini, rezeki semakin murah. Contohnya, tadi bila pergi PC Fair dengan kawan-kawan, tiba-tiba ada seorang khalifah  Allah ini memanggil saya sambil menghulurkan ‘keyboard skin’ kepada saya dan berkata, “adik, ambillah keyboard skin ni. Free.” Tanpa saya sempat bertanya, dia pergi meninggalkan saya dan kawan-kawan saya. Yang peliknya, kenapa kawan saya tak dapat apa yang saya dapat?mungkin ini caranya Allah mempermudahkan rezeki saya. Alahamdulillah.
Dengan penghijrahan ini, saya dapat ramai kawan baru. Betul lah dengan penyatan ini. “apabila kita berusaha mendekatkan diri kepadaNya, Dia akan menghantar orang-orang yang baik untuk menolong kita.”

Bila semester baru, rasa penat itu akan ada. Maklumlah, 2 bulan duduk rumah jer. Lepas tu bila sesi kuliah bermula, kadang-kadang makan pon tak sempat. Tapi kali ini, penatnya tidak terasa. Malah makin laju kaki ini melangkah untuk berjuang di jalanNya. Sebagai contoh, dulu saya jarang pergi masjid di kampus. Tapi penatnya tuhan sahaja yang tahu. Dengan jadual kuliah dan aktiviti kelab yang sangat padat, tak terdaya rasanya untuk menanggung semua itu. Namun, sekarang rasa penat itu kurang. Sangat kurang. Walaupun semester yang lepas takde kuliah waktu malam tapi kali ini ada kuliah waktu malam, setiap malam ada meeting kelab, dan hampir setiap hari berjemaah di masjid, saya rasa sangat bersemangat dan masih ada waktu untuk study. Malah makin bersemangat untuk study walaupun jadual sangat padat.

Pelikkan? Semua ini berlaku dalam sekelip mata. Penghijrahan kali ini membuatkan hubungan saya dan dia bertambah erat. Alhamdulillah. Saya harapkan hubungan kali ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Dan saya tak malu untuk mengaku yang saya… SAYA SAYANGKAN ALLAH LEBIH DARIPADA SEGALANYA. 'He' disini merujuk kepada yang Maha Esa. <jangan silap paham pulak>

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~