assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Monday 12 March 2012

hijrahku kerana Allah


Entah mengapa
hati ini terdetik untuk kali keduanya
menyimpan hasrat yang sangat mendalam
ingin ku capai hasrat itu
ingin ku berusaha ke arah itu
tetapi aku takut
sungguh !

aku takut dengan bayang-bayang aku sendiri
Tudung labuh itu
aku melihatnya dengan hati yang sayu
sudah lama aku meninggalkan tudung itu
lebih mengutamakan fashion-fashion terkini
tanpa menghiraukan aurat seorang perempuan Islam
tudung itu
tersimpan rapi di dalam almari
malunya aku kepadaMu ya Allah

Aku takut
takut jika aku berubah kepada yang asal
takut jika ada insan yang mengatakan diri ini hipokrit
Ya Allah..
tunjukkan lah aku jalan Mu yang lurus itu
aku keliru ya Allah

Andai aku berubah
tetapkanlah hati ini ya Allah
istiqamahkanlah aku dalam setiap apa jua yang aku lakukan
jauhkanlah aku daripada kata-kata fitnah itu
tabahkan lah hati aku ya Allah
jadikanlah aku seorang hambaMu
yang sentiasa ikhlas mengerjakan ibadah untukMu

Ya Allah.
kuatkanlah hati ini
supaya lebih cenderung untuk mencari keredhaanMu
bukan hanya mencari kebahagiaan duniawi sahaja
aku sedar masa aku di dunia ini hanya sekejap
aku ingin Berjaya di dunia
aku juga ingin Berjaya di akhirat sana….

rindu saat ni :')




sejuk hati melihat rakan2 ku yg menutup aurat ini :')


2 comments:

  1. sayangku...
    tiada yang lebih bermakna dlm hidup ini melainkan redha Allah
    tiada yg lebih penting dlm hidup ini melainkan kasih sayang Allah.
    tiada yang lebih kuat dalam hidup ini melainkan Hidayah Allah

    sayangku..
    berdoalah agar kamu sentiasa dilimpahi hidayah Allah
    hidayah dari Allah yg berterusan, tiada terputusnya..

    sayangku..
    andai penghijrahan kamu yang ke-2 ini
    membuat kamu dikeji dihina dan ditepis
    difitnah,
    maka ingatlah adikku,
    Allah terlalu menyayangimu..
    disebabkan itu, dia menghadiahkan
    dugaan ini kepadamu..

    sayangku..
    tabahlah di atas semua ini,
    semoga Allah melindungi diri kita semua

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak Dila. doakan fatin yer ^_^

    ReplyDelete