assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Monday, 5 March 2012

Don’t judge a book by its cover.


Assalamualaikum wbt . The name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.

It’s quite a long time I leaves this blog (not too long-just about a week :p) . Minggu lepas jadual sangat full dengan test and aktiviti kelab. Almost every day ada test. Sangat memenatkan but I enjoyed myself did it. Apabila dah bersama dengan ahli kelab, kami akan berkongsi serba sedikit ilmu yang kami tahu kepada ahli-ahli yang lain. Dan topic yang paling hot kami bincangkan ialah “pandangan orang”.

Manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun begitu, sesetengah daripada mereka suka menilai orang lain dari segi luaran. Mereka menilai orang seakan-akan mereka tidak mempunyai kesalahan langsung. Mereka seakan-akan ingin menjatuhkan bangsa mereka sendiri. Sebagai seorang Islam, tidak patut rasanya ada sifat sebegitu.

‘Adik’ saya yang sama kelab dengan saya mengadu ada seseorang berkata kepadanya bahawa dia tidak layak untuk join kelab tu disebabkan pakaian dan tingkah lakunya tidak mencerminkan orang yang join kelab tu. Terkejut sebentar mendengar rintihan ‘adik’ itu. Dalam hati terdetik: “kenapa ada orang yang berfikiran cetek sebegitu?” ye saya akui kebanyakan yang join kelab tersebut tergolong dalam orang-orang yang alim, berilmu tetapi itu bukan bermakna ‘adik’ yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna ini tidak boleh menyertai golongan ini. Disebabkan ‘adik’ ini mahu merubah cara hidup dia, jadi dia terpanggil untuk masuk ke dalam kelab ini.

Sepatutnya jika kita rasa kita sudah cukup baik, jangan sesekali merendah-rendahkan orang yang melakukan salah. Malah berkawan dengan orang tersebut, rapatkanlah hubungan dengan orang tersebut dan cuba tarik dia, ubah dia secara perlahan-perlahan. insyaAllah dia akan dibukakan pintu hatinya untuk berubah.
Dahulu saya bersetuju dengan pepatah : jika kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, kita akan turut sama wangi. Tetapi jika kita berkawan dengan orang yang busuk, kita akan sama-sma busuk. (betul ke pepatah ni? Dah lupa actually :p). tetapi sekarang saya SANGAT TIDAK BERSETUJU dengan pepatah ini.

Kenapa saya tidak setuju?

Sebab……..
cuba kita fikir dan renungkan. Adakah salah jika kita berkawan dengan orang yang tidak menutup aurat? Bagi pendapat saya, jika kita yang bersifat baik kononnya hanya berkawan dengan orang-orang yang baik sahaja, jadi dengan siapa mereka yang membuat salah ini (tidak menutup aurat) layak untuk berkawan? Dan apabila mereka diketepikan oleh orang yang baik (kononnya), kepada siapa mereka mahu merujuk jika mereka ingin berubah? Siapa yang akan mengubah mereka ke jalan yang betul jika orang yang baik ini mendiskriminasikan orang yang berbuat salah? Jika perkara ini berlaku, mereka yang dikatakan berbuat salah ini akan terus hanyut dengan kesalahan mereka.

Sepatutnya kita sama-sama membimbing mereka dan bukan membiarkan mereka terus membuat salah. Islam tidak pernah mengajar ummatnya untuk sisihkan orang yang membuat salah terutama golongan yang terdiri daripada ummat Islam juga. Bagi saya, kita perlu mendekatkan diri dengan mereka, tanya apa masalah mereka dan cuba membimbing mereka dengan secara perlahan-perlahan.

Untuk contoh yang lebih jelas lagi, jika kita bandingkan muallaf (someone that convert to Islam)  dengan orang yang sejak lahir beragama Islam. Muallaf ini yang dahulunya bukan beragama Islam, yang tidak terbatas pergaulannya dan yang tidak terbatas auratnya apabila mereka masuk ke dalam agama Islam, merekalah para Ustaz dan Ustazah.

Jadi, kita tidak sepatutnya mendiskriminasikan orang-orang yang membuat salah tetapi tegur secara elok-elok. Orang akan hormati kita dengan cara percakapan kita dan tingkah laku kita.

Wallahua’lam….

P/s: maaf jika pendapat saya ini salah. Saya hanya insan yang biasa, insan yang sedang belajar mengenal agama Islam, yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. (^_^)

No comments:

Post a Comment