assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Thursday 25 July 2013

Good News : Impian Termakbul !

Salam Alaykum..

After waiting for a long time in this long semester break, finally result degree dah keluar. Berdebarnya hanya Allah yang tahu.

“What if dapat course lelong?”

“What if tak dapat further degree?”

“What if bla bla bla…..”

So, on Friday (12.30 p.m.) result diumumkan. But at that time saya keluar teman mak beli barang dapur. Mesej bertalu-talu masuk.

“Hai makcik. Dapat mana?”

“Result dah keluar. Jangan lupa inform.”

Aiyooo… lagi berdebar rasa hati ni. One of my best friend, Zana, dapat pure civil engineering di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah. Great to hear that dear ;)

Bila balik rumah je, terus online. Bukak student portal UiTM.

“Eh kenapa tak boleh bukak website ni?”

Tak putus asa. Tanya Zana macam mana nak bukak guna link lain.

And finally…….


Alhamdulillah doa termakbul.. Sesungguhnya Allah amat sukakan orang yang selalu meminta padanya. Dan Dia Maha Memakbulkan semua permintaan hambaNya sama ada cepat atau lambat.

Impian untuk belajar dalam jurusan Interior Design (member cakap dah tukar nama kepada Interior Architecture) insyaallah akan termakbul dalam sebulan lebih sahaja lagi. Impian yang disemat dalam diri semenjak sekolah menengah lagi.

Dulu selepas tamat SPM, pernah apply course ni di UIA. Namun, rezeki tertulis untuk menjadi pelajar Civil Engineering di UiTM Pulau Pinang. Tapi Alhamdulillah untuk degree kali ni, insyaallah dapat mendalami bidang yang diidamkan selama ni insyaallah.

Kenapa tak further engineering je?

Engineering adalah satu course yang saya rasa sangat best dan mencabar. Let say kalau bermusafir and lalu di highway:

“owh yang ni la lecturer cakap dulu..kenapa dia simenkan bukit tu.”

Engineering sangat best. Mana-mana kita pergi, kita boleh relate dengan apa yang kita belajar. But my big problem with engineering is saya ada penyakit migraine. Engineering memerlukan student yang tahan kepada sunlight.

Yes ! I’m the one yang tahan lasak. Tapi tu dulu. Selepas dah ada migraine, kalau cuaca panas terik dah mula sakit kepala. Bila sakit mestilah skip kelas. So selalu missed apa yang lecturer ajar. Nasib baik lah ada Zana. Dia sangat membantu even pergi bilik dia pukul 1 a.m pun dia tak kisah.. sebab tu dia pandai. Tak kedekut ilmu. J

And yes ! kalau jump into new course alamatnya lambatlah saya grad. Sepatutnya kalau saya further engineering, saya hanya ambil masa 2 tahun setengah untuk habiskan degree. Tapi kalau saya terima tawaran untuk study dalam interior design course saya akan ambil masa 4 tahun untuk habis degree.

At first, tergugat jugak bila fikir pasal umur. Tapi bila someone cakap “kita takkan habis belajar sampai kita dah tua sekalipun.  Continue je apa yang kita nak buat asalkan berbaloi.” Possible jugak.. so now saya dah tak fikir bila nak habis. Saya Cuma fikir saya akan belajar bersungguh-sungguh sebab ini apa yang saya nak selama ni..ececeyyy..hehe..wish me luck guys.

By the way, ramai kawan yang tak dapat langsung further study in degree. Kesian dorang.. so many competitors out there yang ramai dapat dekan every semester, so yang kurang bernasib baik ni tak dapat lah nak sambung belajar. Its okay guys. Nanti buat rayuan J insyaallah dapat.


 So that’s all.. xoxo

1 comment:

  1. belajar sampai bila-bila. tak terasa 4 tahun tu sbb belajar apa yang kak minat. tengok-tengok dah habis degree. hehe. :D tahniah kak fathin! fighting!

    ReplyDelete