assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Monday, 21 January 2013

Lelaki sejati ?


Lelaki sejati yang benar-benar mencintaimu, dia tidak akan pernah berani menyentuhmu, merayumu dan menyanjungmu dengan kata-kata sayang sebelum kau halal buatnya. Tak mampu dia membuatmu terbuai ke angkasa dalam layangan  cinta yang menjuruskan dia dan kamu ke neraka.

Tak mampu pula dia sanggup membiarkanmu berada dalam khayalan yang penuh dengan lumpur.

Dialah yang kelak akan datang bersilaturahim dengan orang tuamu.
Dialah yang akan berani melamarmu.
Dialah yang bersedia menjagamu seumur hidupmu.
Dialah yang berusaha membuatmu bahagia.
Dialah yang merasa hidupnya sempurna apabila dapat melayari hidupnya bersamamu.













No comments:

Post a Comment