Pada
satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak
menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah,
apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak".
Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang
kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak
mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak
mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan
bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah
s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu
mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu
bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."
Kemudian
lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca
selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi
bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku
kenal engkau dan aku syafaati engkau."
– Imam
al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)
No comments:
Post a Comment