assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Monday, 21 January 2013

Lelaki sejati ?


Lelaki sejati yang benar-benar mencintaimu, dia tidak akan pernah berani menyentuhmu, merayumu dan menyanjungmu dengan kata-kata sayang sebelum kau halal buatnya. Tak mampu dia membuatmu terbuai ke angkasa dalam layangan  cinta yang menjuruskan dia dan kamu ke neraka.

Tak mampu pula dia sanggup membiarkanmu berada dalam khayalan yang penuh dengan lumpur.

Dialah yang kelak akan datang bersilaturahim dengan orang tuamu.
Dialah yang akan berani melamarmu.
Dialah yang bersedia menjagamu seumur hidupmu.
Dialah yang berusaha membuatmu bahagia.
Dialah yang merasa hidupnya sempurna apabila dapat melayari hidupnya bersamamu.













Tuesday, 15 January 2013

Kisah Seorang Lelaki Yang Tidak Pernah Berselawat Kepada Rasulullah SAW


Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)




Tuesday, 1 January 2013

hye inchi' azam ! :D


Assalamualaikum wbt..

Today is 1st January 2013. So please say goodbye to 2012 and hello 2013 ! please be nice to me ya. And of course bila munculnya tahun baru orang mula sibuk-sibuk bercakap pasal azam baru. So what is your ‘azam’ for this new year ? me ? of course I have new azam dan makin bersemangat untuk mencapainya since azam tahun lepas ada yang tercapai and ada yang tidak.

Bercakap soal azam tahun lepas, I feel so great sebab one of my azam tahun lepas telah tercapai after bertahun-tahun lamanya menyimpan hasrat untuk mencapainya. Alhamdulillah…thank to Allah. And overall azam untuk tahun lepas saya boleh katakan yang banyak lagi yang perlu diusahakan in order to achieve all of my azam. Sebanyak 6 daripada 15 azam telah tercapai tahun lepas. So tahun ni of course I’ll work hard to achieve all of it ! insyaallah..kuatkan saya ya Allah…

So this is my new azam for this year..will be added soon..