assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Thursday, 29 March 2012

doaku kepadaMu

Ya Allah
aku terima ujian yang Engkau berikan kepadaku ini
aku tahu ujian itu tandanya Engkau sayang kepadaku
aku juga tahu Engkau akan menguji hamba-hambaMu ini
supaya aku lebih dekat kepadaMu
namun aku pohon kepadaMu ya Allah
janganlah engkau pesongkan hati ini
melalui ujian yang Engkau berikan kepadaku
aku tahu ini hanyalah ujian yang sangat kecil
jika mahu dibandingkan
dengan umat Islam yang lain
yang harus berjuang untuk menerskan hidup di Syria
namun ujian kecil ini sudah tidak berdaya untuk aku tanggung
kuatkanlah aku ya Allah
aku mohon padaMu
agar kuatkan hati ini
kuatkan iman ni
kuatkan takwa ini
untuk menerukan kehidupanku selepas ini :’(


Monday, 26 March 2012

goodbye sayang..

there are so many things i wish i could tell you but it's hard for me to express it. i want to be with you so bad but i know it's only just a dream. i'm so afraid if i will hurt you but at the same time i ended up getting hurt more.



sometimes i feel like this:


you are so nice dear. i know you don't want to make me hurt but please be honest to me...


 then.. now i think it's better for me to think like this...

this is true sayang...

  lastly, ya Allah...jaga lah Syarafi untukku .. ^_^


 it's hard for me to say..GOODBYE ADAM..

Thursday, 22 March 2012

indahnya hidayah Allah


Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012. Diceritakan sendiri kepada saya.

Ini ceritanya:

"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh. 

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut. 

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents! 

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat. 

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad. 

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari. 

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."

Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.

p/s: Moga2 kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.

----
"Subhanallah"

*copy paste*


Tuesday, 20 March 2012

Enam pesanan khusus untuk wanita..


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.



#pesanan untuk diri sendiri juga ^_^



Sunday, 18 March 2012

sahabat dunia dan akhirat ^_^


16 Mac 2012


Saya dan kawan2 saya yang lain dah plan untuk tengok wayang cerita ‘7 Petala Cinta’. Of course la saya yang over excited sebab memang teringin nak tengok citer tu. Kami bertolak dari kampus pukul 6 petang since junior2 saya ada exam. Sepatutnya cerita tu start pukul 6.15 petang tapi kami sampai lewat. So kami tak sempat tengok cerita tu dari awal.

Yang paling best, kawan2 lelaki saya ada yang sampai nangis2, and lagi teruk, Syiha siap tidur. Isk3. Kami yang perempuan pulak ketawa sampai nak pecah perut sebab dalam cerita tu ada sorang yang agak sengal. Huhuuhu.

farhan, me and syiha <3


Cerita tu not bad la. For me it is the best compared to ombak rindu. Dah siap tengok wayang, solat and makan. And it’s game time !! it’s the best moment ever. Merekalah sahabat sejati saya.



kami suka makan suap2 ^_^




part time jd waiter :p



I.K.R.A.M.I.E.S














Monday, 12 March 2012

hijrahku kerana Allah


Entah mengapa
hati ini terdetik untuk kali keduanya
menyimpan hasrat yang sangat mendalam
ingin ku capai hasrat itu
ingin ku berusaha ke arah itu
tetapi aku takut
sungguh !

aku takut dengan bayang-bayang aku sendiri
Tudung labuh itu
aku melihatnya dengan hati yang sayu
sudah lama aku meninggalkan tudung itu
lebih mengutamakan fashion-fashion terkini
tanpa menghiraukan aurat seorang perempuan Islam
tudung itu
tersimpan rapi di dalam almari
malunya aku kepadaMu ya Allah

Aku takut
takut jika aku berubah kepada yang asal
takut jika ada insan yang mengatakan diri ini hipokrit
Ya Allah..
tunjukkan lah aku jalan Mu yang lurus itu
aku keliru ya Allah

Andai aku berubah
tetapkanlah hati ini ya Allah
istiqamahkanlah aku dalam setiap apa jua yang aku lakukan
jauhkanlah aku daripada kata-kata fitnah itu
tabahkan lah hati aku ya Allah
jadikanlah aku seorang hambaMu
yang sentiasa ikhlas mengerjakan ibadah untukMu

Ya Allah.
kuatkanlah hati ini
supaya lebih cenderung untuk mencari keredhaanMu
bukan hanya mencari kebahagiaan duniawi sahaja
aku sedar masa aku di dunia ini hanya sekejap
aku ingin Berjaya di dunia
aku juga ingin Berjaya di akhirat sana….

rindu saat ni :')




sejuk hati melihat rakan2 ku yg menutup aurat ini :')


Tuesday, 6 March 2012

hari yang ceria !! :)

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari yang sangat seronok. I enjoyed myself and being a happy girl. Okay, first thing first I want to say thank Allah because still gives me opportunity to still alive and enjoy my life with my beloved family and friends. Hari ni saya pakai baju favourite saya which is jubah hitam (pinjam kawan punya sebab takde duit nak beli lagi :p). tak tahu lah kenapa sangat adore dengan jubah hitam sekarang ni. Kalau boleh setiap masa nak pakai.hehehe. pergi jusco dengan jubah. Pelik tak?rasanya macam okay jer selagi menutup aurat.



Then I think for the first time saya dapat habiskan claypot kue tiaw tomyam. Disebabkan ianya panas and pedas so tak pernah habiskan makanan tu sebelum ni. But I’m very love it even tak pernah habiskan. Zana siap membebel lagi tadi before saya order: “selalu makan kue tiaw tomyam tapi habisnya x”..hehehe. okey!saya sahut cabaran dia. And hari ini saya habiskannya jugak ! well done to me ! :D bila dah habis makan of course la snap picture J

zana, saya dan eja :)

Lepas makan zana and eja ajak saya pergi………..KARAOKE. okay dengan pakai jubah saya pergi masuk ke tempat tu. Ini first time pergi ke tempat macam tu. Agak segan sebab dengan pakaian macam tu tapi perangai entah pape. Hehehe. Okay itu pengaruh rakan sebaya yer ! jangan tiru !

Then sebelah malam pulak saya and beberapa orang lagi kawan2 plan untuk prank Syiha(lelaki taw) and firdaus since birthday diorang hari ni. Saya plan izzaty and syiha makan berdua sahaja kat foodcourt and saya pulak pergi marah diorang sebab mereka hanya berdua. Membebel la saya masa tu. Dengan Izzaty sekali kena marah. Hehe. Saya dah lantik Syiha sebagai timbalan pengarah kelab and saya buat dia rasa bersalah dengan cakap: “akak ingat akak boleh harapkan kamu jaga kelab ni. Tapi kamu buat macam ni kat akak. Akak dah tegur kamu banyak kali pasal ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) tapi kamu still buat macam ni jugak. Akak nak bagitau pengarah akak nak buang kamu dari list timbalan pengarah”. Banyak lagi la saya membebel. Tapi dia sangat tenang and dia boleh senyum lagi even saya marah dia. Dia explain satu persatu. Tapi saya tak nak dengar and terus membebel. Sampaikan firdaus pon kena marah sekali sebab dia pon couple dengan junior kelab kami. Firdaus siap hempas handphone dia sebab saya marah dia depan junior lain. Tapi masa tu Syiha dah lari pergi call senior kami. And lastly, saya cakap: “satu jer pesanan akak..HAPPY BIRTHDAY !” muka Firdaus yang ketat tu kembali senyum. Syiha tak payah cakap la.. orang tengah marah dia pon dia still boleh senyum. Sekarang saya betul2 yakin Syiha dapat jalankan amanah yang saya berikan kepadanya sebagai timbalan pengarah kelab kami. insyaAllah dia dapat menemph segala halangan even sebesar mana pun halangan itu dengan senyumannya. Apa yang saya boleh katakan: mission is accomplished…

And one more surprise for me... sebelum nak g prank Syiha, tengah2 duk bersiap nampak hadiah kat atas meja. Ingatkan ada orang salah letak. Tapi tulis kat hadiah tu:daripada zana. Wahh ! makcik ni ! lambat betul dia bg hadiah birthday ni kat saya. Lewat 5 bulan kot ! Anyway thanks sayang. I appreciate it! J

hari yang ditunggu-tunggu kini menjelma. My sayang nak balik hari ni. Dah dekat 5 hari dia balik johor. And sekarang dia dah on the way balik Penang. Yeay ! hehehe. Have a safe journey sayang J



All I wanna say is: today is awesome !

Monday, 5 March 2012

Don’t judge a book by its cover.


Assalamualaikum wbt . The name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.

It’s quite a long time I leaves this blog (not too long-just about a week :p) . Minggu lepas jadual sangat full dengan test and aktiviti kelab. Almost every day ada test. Sangat memenatkan but I enjoyed myself did it. Apabila dah bersama dengan ahli kelab, kami akan berkongsi serba sedikit ilmu yang kami tahu kepada ahli-ahli yang lain. Dan topic yang paling hot kami bincangkan ialah “pandangan orang”.

Manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan. Namun begitu, sesetengah daripada mereka suka menilai orang lain dari segi luaran. Mereka menilai orang seakan-akan mereka tidak mempunyai kesalahan langsung. Mereka seakan-akan ingin menjatuhkan bangsa mereka sendiri. Sebagai seorang Islam, tidak patut rasanya ada sifat sebegitu.

‘Adik’ saya yang sama kelab dengan saya mengadu ada seseorang berkata kepadanya bahawa dia tidak layak untuk join kelab tu disebabkan pakaian dan tingkah lakunya tidak mencerminkan orang yang join kelab tu. Terkejut sebentar mendengar rintihan ‘adik’ itu. Dalam hati terdetik: “kenapa ada orang yang berfikiran cetek sebegitu?” ye saya akui kebanyakan yang join kelab tersebut tergolong dalam orang-orang yang alim, berilmu tetapi itu bukan bermakna ‘adik’ yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna ini tidak boleh menyertai golongan ini. Disebabkan ‘adik’ ini mahu merubah cara hidup dia, jadi dia terpanggil untuk masuk ke dalam kelab ini.

Sepatutnya jika kita rasa kita sudah cukup baik, jangan sesekali merendah-rendahkan orang yang melakukan salah. Malah berkawan dengan orang tersebut, rapatkanlah hubungan dengan orang tersebut dan cuba tarik dia, ubah dia secara perlahan-perlahan. insyaAllah dia akan dibukakan pintu hatinya untuk berubah.
Dahulu saya bersetuju dengan pepatah : jika kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, kita akan turut sama wangi. Tetapi jika kita berkawan dengan orang yang busuk, kita akan sama-sma busuk. (betul ke pepatah ni? Dah lupa actually :p). tetapi sekarang saya SANGAT TIDAK BERSETUJU dengan pepatah ini.

Kenapa saya tidak setuju?

Sebab……..
cuba kita fikir dan renungkan. Adakah salah jika kita berkawan dengan orang yang tidak menutup aurat? Bagi pendapat saya, jika kita yang bersifat baik kononnya hanya berkawan dengan orang-orang yang baik sahaja, jadi dengan siapa mereka yang membuat salah ini (tidak menutup aurat) layak untuk berkawan? Dan apabila mereka diketepikan oleh orang yang baik (kononnya), kepada siapa mereka mahu merujuk jika mereka ingin berubah? Siapa yang akan mengubah mereka ke jalan yang betul jika orang yang baik ini mendiskriminasikan orang yang berbuat salah? Jika perkara ini berlaku, mereka yang dikatakan berbuat salah ini akan terus hanyut dengan kesalahan mereka.

Sepatutnya kita sama-sama membimbing mereka dan bukan membiarkan mereka terus membuat salah. Islam tidak pernah mengajar ummatnya untuk sisihkan orang yang membuat salah terutama golongan yang terdiri daripada ummat Islam juga. Bagi saya, kita perlu mendekatkan diri dengan mereka, tanya apa masalah mereka dan cuba membimbing mereka dengan secara perlahan-perlahan.

Untuk contoh yang lebih jelas lagi, jika kita bandingkan muallaf (someone that convert to Islam)  dengan orang yang sejak lahir beragama Islam. Muallaf ini yang dahulunya bukan beragama Islam, yang tidak terbatas pergaulannya dan yang tidak terbatas auratnya apabila mereka masuk ke dalam agama Islam, merekalah para Ustaz dan Ustazah.

Jadi, kita tidak sepatutnya mendiskriminasikan orang-orang yang membuat salah tetapi tegur secara elok-elok. Orang akan hormati kita dengan cara percakapan kita dan tingkah laku kita.

Wallahua’lam….

P/s: maaf jika pendapat saya ini salah. Saya hanya insan yang biasa, insan yang sedang belajar mengenal agama Islam, yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. (^_^)