Assalamualaikum w.b.t
Happy new year to Malaysians. Syukur Alhamdulillah because we are given the opportunity to still alive. Hari ini merupakan tahun baru bagi tahun 2012. Sedar tak sedar umur I dah hampir 20 tahun tetapi amalan untuk dibawa ke sana rasanya hanya 20% je. Banyak lagi yang perlu I buat untuk persediaan ke sana.
Hari ini genaplah setahun wan (my grandmom) meninggal. Rasa macam cepat je masa berlalu. Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat dekat wan. I sangat rapat dengan wan since I kecil lagi. Arwah yang jaga I semasa I kecil sebab my parents busy. Arwah sangat penyayang orangnya and sabar melayan kenakalan my brother and I. Arwah sangat mementingkan soal anak-anak dan cucunya. Arwah wan tak pernah kedekut. Ada je barang yang dia beli untuk I and abang-abang I since sepupu I yang lain semua menetap di negeri orang.
Arwah wan selalu bawak I pergi dengar ceramah dekat surau masa I umur 7 tahun dulu. It’s not ‘ceramah’ actually but it’s more to discussion about current issues. I ingat lagi, at first I dengar je la apa yang diorang discuss but bila dah lama-lama rasa macam mengantuk pulak. Tapi disebabkan segan nak tidur I tahan je la mata ni. Disebabkan tak tahan mengantuk, I tidur je la sambil duduk. Bila dah sedar, baru tahu I terlentok kat bahu wan. And masa tu ustazah yang lead discussion tu tengah pandang i. haha. What a shame ! ustazah tu suruh I tidur je. Maybe sebab dia kesian. Mana tak kesiannya, baru balik dari sekolah then ikut arwah wan ke surau. Memang la penat. Tapi I tak kisah sebab I yang nak ikut actually.
Arwah wan sangat menitikberatkan soal agama. Dia banyak mengamalkan doa-doa and zikir. Dia selalu suruh I baca surah Yassin bila malam jumaat. Sebelum kami baca Yassin, arwah wan akan terangkan serba sedikit pasal hari kiamat nanti. Bila dia ada terbaca doa yang baru, dia akan tnjuk kat I and suruh I ikut sama. I ingat lagi masa I 6 tahun, dia sangat marah kalau I pakai dress yang labuhnya paras lutut. Kalau nak diikutkan memang la takpe kalau budak yang baru berumur 6 tahun pakai tak menutup aurat sebab belum baligh but I tahu dia marah sebab dia nak latih I pakai pakaian menutup aurat dari kecil lagi.
Banyak kenangan I dengan arwah wan. Dia sangat baik orangnya and sangat sopan santun. I miss her a lot! harap arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman dan jauhkan lah arwah dari azab kubur dan azab api neraka. Al-fatihah….
No comments:
Post a Comment