assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Thursday, 25 April 2013

Love To Be Loved.


Assalamualaikum wbt..

Rabbi yassir wala tu’assir. Moga apa yang ditulis dipermudahkan untuk pembaca memahaminya.

Sebagai seorang insan yang dikelilingi oleh insan lain, mesti kita mempunyai rasa untuk disayangi. That is our fitrah. Fitrah sebagai seorang manusia yang ingin sayang dan disayangi, seorang yang ingin mengasihi dan dikasihi.

Ramai antara kita yang ingin disayangi tapi susah untuk menyayangi orang lain terlebih dahulu.

Jadilah orang yang suka memberi daripada menerima.

Sebagai contoh, si A tidak bertegur sapa dengan si B tanpa mengetahui punca sebenar kenapa hubungan mereka semakin renggang. Apabila A disuruh untuk memulakan perbualan atau menegur si B, si A menjawab, “saya kan lebih tua daripada dia. So takkan lah saya nak mengalah pada yang muda?”


Astaghfirullahalazim.

Tidak kiralah kita lebih tua atau lebih cantik atau lebih bijak daripada orang lain, tak salah jika kita mengalah.
Orang yang mengalah bukan bererti dia kalah, tetapi dia menang dalam merendahkan egonya.

Apabila kita ingin disayangi orang lain, kita perlulah terlebih dahulu menyayangi orang lain. Sebagai contoh, meraikan sahabat itu apabila dia berkunjung ke rumah kita, selalu bertanya khabar, memberi hadiah dan sebagainya.

Anak-anak merupakan cermin personaliti kita.
Apa yang kita perjuangkan dalam hidup akan memberi kesan kepada diri kita dan anak-anak dunia akhirat. Takkan lah kita mahukan anak yang menyerupai perangai kita jika kita seorang yang ego dan tidak mahu mengalah.


Masih tidak terlambat lagi jika kita ingin mengubah diri kita kearah yang lebih baik. Kejayaan kita tidak perlu dibandingkan dengan kejayaan orang lain tetapi bandingkan kejayaan kita dengan diri kita semalam.

Wallahua’alam.



Stay in peace and smile.




No comments:

Post a Comment