Assalamualaikum wbt..
Rabbi yassir wala tu’assir. Moga apa yang ditulis
dipermudahkan untuk pembaca memahaminya.
Sebagai seorang insan yang dikelilingi oleh insan lain,
mesti kita mempunyai rasa untuk disayangi. That is our fitrah. Fitrah sebagai
seorang manusia yang ingin sayang dan disayangi, seorang yang ingin mengasihi
dan dikasihi.
Ramai antara kita yang ingin disayangi tapi susah untuk
menyayangi orang lain terlebih dahulu.
Jadilah orang yang suka memberi daripada menerima.
Sebagai contoh, si A tidak bertegur sapa dengan si B tanpa
mengetahui punca sebenar kenapa hubungan mereka semakin renggang. Apabila A
disuruh untuk memulakan perbualan atau menegur si B, si A menjawab, “saya kan
lebih tua daripada dia. So takkan lah saya nak mengalah pada yang muda?”
Astaghfirullahalazim.
Tidak kiralah kita lebih tua atau lebih cantik atau lebih
bijak daripada orang lain, tak salah jika kita mengalah.
Orang yang mengalah bukan bererti dia kalah, tetapi dia menang
dalam merendahkan egonya.
Apabila kita ingin disayangi orang lain, kita perlulah
terlebih dahulu menyayangi orang lain. Sebagai contoh, meraikan sahabat itu
apabila dia berkunjung ke rumah kita, selalu bertanya khabar, memberi hadiah
dan sebagainya.
Anak-anak merupakan cermin personaliti kita.
Apa yang kita perjuangkan dalam hidup akan memberi kesan
kepada diri kita dan anak-anak dunia akhirat. Takkan lah kita mahukan anak yang
menyerupai perangai kita jika kita seorang yang ego dan tidak mahu mengalah.
Masih tidak terlambat lagi jika kita ingin mengubah diri
kita kearah yang lebih baik. Kejayaan kita tidak perlu dibandingkan dengan
kejayaan orang lain tetapi bandingkan kejayaan kita dengan diri kita semalam.
Wallahua’alam.
Stay in peace and smile.