assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Sunday, 5 February 2012

saya sebagai seorang fasilitator....

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana melancarkan program PPP SMK Permatang Tok Jaya,Pulau Pinang. Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh kelab IKRAM UiTM Pulau Pinang untuk membantu menaikkan semangat adik-adik yang akan menempuh peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. My dream came true because this is my first time be a facilitator.

Pertama kali melangkah ke sekolah tersebut, hati terdetik : “di sinilah bermula perjuangan aku sebagai seorang fasilitator. ” bila nampak jer student, first word yang terpancul dari bibir saya ialah : “comelnya !” I’m so excited sebab mereka sangat comel. Tambah pula saya memang suka sangat tengok budak-budak so perasaan untuk membantu mereka semakin membara.

sejurus sampai di sekolah...


Mereka sangat peramah. Saya ingat lagi pertama kali solat maghrib berjemaah dengan mereka, sementara menunggu azan, ada dua orang student ni pandang-pandang saya. Bila saya membalas senyuman mereka balik, salah seorang daripada mereka cakap : “akak, kawan saya ni nak berkenalan dengan akak.” Lalu kami berbual-bual. Macam- macam cerita kami bualkan.

Aktiviti-aktiviti banyak dilakukan untuk mencungkil sifat keberanian dalam diri mereka. Saya ingat lagi ada satu aktiviti yang dinamakan Menara Cawan. Students perlulah menaikkan cawan-cawan supaya terbentuk seperti menara. Tapi dengan syarat mereka hanya dibenarkan menggunakan tali dan getah sahaja. Para urusetia pula diarahkan supaya menjatuhkan menara mereka. Ini sebagai simbolik bahawa apabila kita ingin berjaya, banyak halangan yang akan kita tempuh. Seseorang yang ingin berjaya tidak perlu gentar dengan halangan-halangan yang akan dihadapinya. Sifat ‘putus asa’ tidak perlu ada dalam seorang yang ingin berjaya. Semasa aktiviti menara cawan ini dijalankan, ada yang menangis sebab menara dia asyik jatuh, ada yang stress sebab ahli kumpulan tidak memberi kerjasama. Tetapi saya tetap menekankan kepada mereka semangat dan kerjasama itu penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Akhirnya kumpulan saya berjaya mendirikan menara cawan itu. Congrats for my group J



Pada hari ketiga, para fasilitator perlu ‘guard’ students sebab mereka ada perarakan Maulidur Rasul. Saya rasa begitu teruja apabila bas rapid masuk ke sekolah tersebut untuk membawa students dan fasi ke masjid di kampung terdekat. Dan dari masjid itu kami berarak ke sekeliling kampung tersebut sambil berselawat keatas junjungan Rasulullah SAW.



barisan fasilitator...

comel je kn budak ni !


Kemudian sesi ‘Shoot The Moon’ diadakan. Sesi ini merupakan conclusion sebelum majlis penutup diadakan. Jadi semua fasi perlu mebawa ahli kumpulan masing-masing ke mana sahaja dan memberi sedikit motivasi kepada mereka. Saya tidak sangka yang saya berjaya membuatkan mereka mengalir air mata kerana sebelum ini saya sangat segan untuk bercakap di khalayak orang ramai. Mungkin disebabkan niat yang betul dan Allah telah melancarkan idea untuk bercakap memotivasikan mereka. Mungkin mereka telah sedar kesalahan mereka kepada kedua-dua orang tuanya. Saya amat tekankan kepada mereka yang apabila mereka berjaya nanti jangan sesekali melupakan ibu bapa kerana ibu bapa merupakan harta kita yang sangat bernilai. Selepas itu mereka diarahkan untuk menulis halangan untuk mencapai matlamat mereka. Bila dah siap, saya suruh mereka pijak kertas yang mereka tulis itu sambil berkata “aku mahu Berjaya!” lalu dibakar kertas itu sebagai simbolik halangan-halangan tersebut telah dilupuskan supaya matlamat mereka dapat dicapai dengan mudah.

tugasan : list matamat, halangan dan cara mengatasi halangan

dia dah nangis dah ~~~

Saya hampir menitiskan air mata apabila semasa majlis penutup mereka memberikan ibu bapa mereka surat yang saya arahkan untuk tulis tentang matlamat mereka. Saya rasa sangat berbangga kerana dapat menolong mereka. Harap adik-adik semua akan berjaya dan terus berjaya dan jangan pernah sesekali lupakan jasa orang tuamu. Ingat pesan akak, seorang yang cemerlang tidak akan kenal rasa putus asa.



We are the B.E.S the best
among the R.E.S the rest
we are the best
among the rest
among the rest
we are the best
go sarangae !!

http://www.youtube.com/watch?v=E84ERPA_NQE&feature=youtu.be

No comments:

Post a Comment