assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Thursday, 28 June 2012

kepimpinan dan islam

Pendahuluan

Berkata Imam as-Shafie rahimahullahuta'ala bahawa telah berfirman Allah S.W.T yang bermaksud :

             "Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi ,maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari penghitungan."

Berfirman Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w mengenai ahli al-Kitab :

        "Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah ( perkara itu) diantara mereka , atau berpalinglah daripada mereka "
sampai kepada " dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah ( perkara itu) diantara mereka dengan adil ,sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil."
Firman Allah lagi :

            " Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu ."

Firman Allah ta'ala selanjutnya :

             " Dan ( menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil ."

            Berkata Imam as-Shafie rahmatullah : Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabinya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya , kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil .

            Makna 'adil ' ialah mengikut hukum yang telah diturunkan Allah .

Allah telah berfirman kepada nabiNya s.a.w. ketika memerintahkan baginda memutuskan hukuman diantara ahli al-Kitab dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah dan meletakkan nabiNya daripada agama dan umatnya mengikut keterangan dari kitab Allah iaitu apa yang dikehendaki Allah dan mewajibkan taat kepadanya (nabi) .
Firman Allah yang bermaksud :

            " Sesiapa yang taat kepada Rasul sesungguhnya telah taat kepada Allah ."

FirmanNYA  lagi yang bermaksud :

          " Maka demi tuhanmu ( mereka pada hakikatnya ) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihankan . Dan berfirmanNYA lagi yang bermaksud :

            " Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya 'takut' ." Maka hendaklah diketahui bahawa yang hak itu ialah Kitab Allah kemudian Sunnah nabiNya s.a.w.

Tidak boleh seseorang mufti atau seseorang hakim atau menghukum sehingga masing -masing mengetahui kedua-duanya. Tidak boleh seseorang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya.

Jika menyalahi keduanya seseorang itu telah menderhaka dan hukumnya ditolak. Jika tidak terdapat "nas-nas dari keduanya barulah ijtihad".




Kepimpinan yang diredhai Allah
Mewujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa' ulummah, ayat-ayat, akhbar-akhbar diantaranya :

     1.  " Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,  menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar,  mereka itulah orang-orang yang beruntung "
maksud ayat ( Ali-Imran  104 ).

            Imam al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan  perintah yang zahirnya menunjukkan wajib. ''Mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan tugas tersebut merupakan Fardhu Kifayah   bukan Fardhu  'Ain iaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan yang lain.

     2." Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma'ruf dan   menegah yang munkar. Mereka mendirikan sembahyang ".
Maksud ayat (At-Taubah  71 )

            Imam Al-Ghazali menjelaskan  ; Bahawa orang-orang mukmin itu telah menyifatkan mereka itu menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar .Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.       

    3. Sabda Rasulullah s.a.w "Wahai manusia 'Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang makruf dan menegah dari yang munkar' sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "maksud hadis riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.       

    4. Di Tanya kepada Khuzaifah r.a . "Siapakah bangkai bernyawa ?
 Jawab beliau : Ialah orang yang tidak menegah kemungkaran baik dengan tangannya maupun dengan lidah dan  hatinya.

Syarat seorang pemimpin

1. Muslim . aqal, baligh dan lelaki .

2.  Adil - ertinya tidak fasik seumpama tidak meninggalkan solat , beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya . Tidak menyalahi akan kitab Allah dan Sunnah Rasullullah s.a.w .

3. Berilmu - ertinya ia mengetahui perkara -perkara yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma'aruf dan yang mungkar . Mengetahui perkara -perkara yang berkaitan dengan pimpinan .

4. Mempunyai kudrat , kemampuan  - ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samaada menggunakan tangan , perkataan , tulisan atau fikiran di dalam suasana apapun .

5. Beradab mengikut akhlak Islam  - ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya . Selain dari itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas , jujur , tidak angkuh , riak dan sebagainya .Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat- sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.

6. Sempurna pancaindera dan  sihat tubuh badan .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, 18 June 2012

muhasabah cintaku



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi
Muhasabah cintaku

Tuhan
Kuatkan aku
Lindungi ku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganmu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, 30 May 2012

nikah awal halang untuk belajar?

Seringkali berita-berita yang dipaparkan di muka depan Harian Metro ataupun Kosmo mengenai gejala anak luar nikah dan sebagainya menyebabkan hati saya dan umat Islam yang lain sentiasa gundah-gulana. Adakah ini imej Islam yang kita nak tunjukkan kepada orang not-yet Muslim?

Namun alhamdulillah, dewasa ini makin ramai yang serius untuk bercinta dan meletakkannya di landasan yang tepat lagi baik, iaitu pernikahan, tak kiralah samada nikah seperti biasa ataupun nikah gantung. Itu satu perkembangan yang baik buat rakyat Malaysia, umat Islam khususnya. Saya harap perkembangan tentang kahwin muda atau nikah awal ini adalah satu cara yang positif lagi baik dalam kita menangani masalah ini!



Adapun jika dikatakan : Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar, pernyataan ini TIDAK BOLEH DITERIMA BAHKAN YANG SEPATUTNYA ADALAH SEBALIKNYA. Kerana selama mana perkara itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antara ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapatkan ilmu.

Adapun jika tidak berkahwin maka ini lah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dan mempunyai isteri yang boleh melunakkannya dan membantu maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya.

p/s: sebelum ingin ibu bapa membenarkan anda bernikah awal, pastikan sikap dan keperibadian anda telah dijaga dengan baik. Tidak semudahnya ibu bapa member ‘cop’ persetujuan, banyak perkara yang perlu di telitinya dahulu. Bukan kerana mereka kejam tetapi anda perlu faham, anda nak jaga anak orang nanti…
from : Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan – Hafizahullah

wallahua’lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, 29 May 2012

dakwah aiskrim roti: tips bercinta sebelum berkahwin



Suatu petang pukul, 6.40 petang. Seorang makcik telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

Gadis: Makcik, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear?

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu?

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni?

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik: Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan?

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak cerdikkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal.

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:
"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, 24 May 2012

kasih seorang abah



Assalamualaikum w.b.t

Sometimes kita terlupa akan kewujudan abah. Mostly children more prefer to talk or do anything with their mother. Mereka rasakan mak lebih sensitif terhadap anak-anak compared to abah. The fact is true. Perasaan mak lebih cenderung kepada perkataan seperti nasihat. Tetapi pernahkah kita tahu bahawa kasih seorang abah boleh kita lihat dengan perlakuannya?

Memang betul bila kita balik sekolah, mak yang masakkan masakan favourite kita. Tetapi adakah kita tahu bahawa abah yang mengingatkan mak untuk masak masakan yang kita suka?

Pada musim perayaan, golongan ibu paling semangat untuk menyediakan semua kelengkapan raya untuk anak-anak mereka seperti baju raya, kasut raya dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah kita tahu daripada mana mak dapat duit untuk membelanjakan semua itu? The answer is from ‘abah’.

Apabila anak-anak telah meninggalkan kampung halaman untuk menimba ilmu, setiap minggu mak akan call dan bertanya khabar. Bagaimana belajar? Bagaimana kehidupan disana? Dan sebenarnya si ‘abah’ yang mengingatkan mak untuk bertanya khabar tentang kita.

Marah seorang abah kepada anaknya tak kan bertahan lama. Sebesar mana pun salah seseorang anak itu, tidak mungkin abah akan membenci anaknya. Mungkin perilakunya membuat kita rasa abah membenci kita, tetapi sebenarnya kasih seorang abah tiada penghujungnya. This is what we call the sacrifies of a father.

p/s : hargailah kasih sayang ibu bapa sebelum mereka meninggalkan untuk selama-lamanya …

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, 20 May 2012

before you judge my life~~



Before you judge my life
my past or my character
walk in my shoes
walk the path I have traveled
live my sorrow
my doubts
my fear
my pain
and my laughter…

Remember
everyone has a story
When you've lived my life
then you can judge me…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, 18 May 2012

9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Di Sisi Allah



Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat…

1. TAHU

Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR

Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR

Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN

Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU

Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT

Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT

Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~