assalamualaikum w.b.t

"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "

That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^

Wednesday, 30 May 2012

nikah awal halang untuk belajar?

Seringkali berita-berita yang dipaparkan di muka depan Harian Metro ataupun Kosmo mengenai gejala anak luar nikah dan sebagainya menyebabkan hati saya dan umat Islam yang lain sentiasa gundah-gulana. Adakah ini imej Islam yang kita nak tunjukkan kepada orang not-yet Muslim?

Namun alhamdulillah, dewasa ini makin ramai yang serius untuk bercinta dan meletakkannya di landasan yang tepat lagi baik, iaitu pernikahan, tak kiralah samada nikah seperti biasa ataupun nikah gantung. Itu satu perkembangan yang baik buat rakyat Malaysia, umat Islam khususnya. Saya harap perkembangan tentang kahwin muda atau nikah awal ini adalah satu cara yang positif lagi baik dalam kita menangani masalah ini!



Adapun jika dikatakan : Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar, pernyataan ini TIDAK BOLEH DITERIMA BAHKAN YANG SEPATUTNYA ADALAH SEBALIKNYA. Kerana selama mana perkara itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antara ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapatkan ilmu.

Adapun jika tidak berkahwin maka ini lah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dan mempunyai isteri yang boleh melunakkannya dan membantu maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya.

p/s: sebelum ingin ibu bapa membenarkan anda bernikah awal, pastikan sikap dan keperibadian anda telah dijaga dengan baik. Tidak semudahnya ibu bapa member ‘cop’ persetujuan, banyak perkara yang perlu di telitinya dahulu. Bukan kerana mereka kejam tetapi anda perlu faham, anda nak jaga anak orang nanti…
from : Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan – Hafizahullah

wallahua’lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, 29 May 2012

dakwah aiskrim roti: tips bercinta sebelum berkahwin



Suatu petang pukul, 6.40 petang. Seorang makcik telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

Gadis: Makcik, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear?

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu?

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni?

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik: Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan?

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak cerdikkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal.

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:
"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, 24 May 2012

kasih seorang abah



Assalamualaikum w.b.t

Sometimes kita terlupa akan kewujudan abah. Mostly children more prefer to talk or do anything with their mother. Mereka rasakan mak lebih sensitif terhadap anak-anak compared to abah. The fact is true. Perasaan mak lebih cenderung kepada perkataan seperti nasihat. Tetapi pernahkah kita tahu bahawa kasih seorang abah boleh kita lihat dengan perlakuannya?

Memang betul bila kita balik sekolah, mak yang masakkan masakan favourite kita. Tetapi adakah kita tahu bahawa abah yang mengingatkan mak untuk masak masakan yang kita suka?

Pada musim perayaan, golongan ibu paling semangat untuk menyediakan semua kelengkapan raya untuk anak-anak mereka seperti baju raya, kasut raya dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah kita tahu daripada mana mak dapat duit untuk membelanjakan semua itu? The answer is from ‘abah’.

Apabila anak-anak telah meninggalkan kampung halaman untuk menimba ilmu, setiap minggu mak akan call dan bertanya khabar. Bagaimana belajar? Bagaimana kehidupan disana? Dan sebenarnya si ‘abah’ yang mengingatkan mak untuk bertanya khabar tentang kita.

Marah seorang abah kepada anaknya tak kan bertahan lama. Sebesar mana pun salah seseorang anak itu, tidak mungkin abah akan membenci anaknya. Mungkin perilakunya membuat kita rasa abah membenci kita, tetapi sebenarnya kasih seorang abah tiada penghujungnya. This is what we call the sacrifies of a father.

p/s : hargailah kasih sayang ibu bapa sebelum mereka meninggalkan untuk selama-lamanya …

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, 20 May 2012

before you judge my life~~



Before you judge my life
my past or my character
walk in my shoes
walk the path I have traveled
live my sorrow
my doubts
my fear
my pain
and my laughter…

Remember
everyone has a story
When you've lived my life
then you can judge me…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, 18 May 2012

9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Di Sisi Allah



Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat…

1. TAHU

Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR

Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR

Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN

Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN

Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU

Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT

Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT

Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, 16 May 2012

cantik vs kurang cantik...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat kehidupan ini. Yang pastinya hari esok itu mungkin akan ada, tetapi belum tentu kita ada pada hari esok.. jadi, sama-samalah kita mhasabah diri dan bertaubat selagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kalau diperkatakan tentang isu cantik, ianya akan disamakan dengan sifat kaum hawa. Perempuan dilahirkan mempunyai sifat yang ingin kelihatan cantik, lemah lembut dan banyak yang boleh mendorong kepada kecantikan itu sendiri.

Semua perkara dalam dunia ini ada keburukan dan kebaikannya yang tersendiri.. Same goes to this case. siapa cakap kurang cantik takde kebaikan?of course lah ada...

PERSAHABATAN

kebaikan dan keburukan cantik

  • wanita cantik mudah didekati. mereka selalu menjadi perhatian dan emmpunyai teman yang ramai. orang suka apabila dirinya dikaitkan dengan wanita cantik. boleh menumpang popularity.
  • kawan ramai boleh dicari, tetapi sahabat yang ikhlas sukar diperolehi. wanita cantik sering menghadapi masalah untuk menemui sahabat yang baik dan ikhlas untuk berkawan dengannya. rata-rata ramai daripada mereka hanyalah kawan dunia sahaja.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • keburukan : wanita kurang cantik kurang mendapat perhatian ramai. dirinya selalu terpinggir ke belakang. jarang sekali orang ingin mempedulikan dirinya. dia merasa rendah diri dan kesunyian.
  • dicelah-celah ribuan manusia, ada beberapa orang yang menjadi temannya. mereka ini tidak menilai rupa, tidak menumpang populariti dan tidak juga berniat jahat. mereka adalah teman setia.

PEKERJAAN

kebaikan dan keburukan cantik

  • wanita cantik mudah mendapat kerja. wajahnya dapat memikat hati majikannya. bagi majikan, wajah yang cantik dapat menarik ramai pelanggan.
  • akan tetapi, ramai rakan kerja cemburu dan membenci kerana dia menjadi pekerja kesayangan bos. wanita cantik juga menghadapi risiko diganggu pelanggan yang kaki perempuan.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • keburukan: beliau sukar mendapat pekerjaan yang baik. hanya kerja-kerja bawahan sahaja yang dirasakan sesuai untuknya.
  • rezekinya halal dan berkat insyaallah. dia tidak perlu bermekap tebal dan berhias berlebihan untuk berurusan dengan pelanggan atasan. orang yang berurusan dengannya hanya akan fokus terhadap kerja.

PERCINTAAN

kebaikan dan keburukan cantik

  • hampir setiap orang yang dicintai akan membalas cintanya itu. tidak sukar bagi beliau untuk memiliki seseorang yang disukainya.
  • orang yang dianggap mencintainya hanya memandang rupa. adakalanya mereka menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkannya. hidup tidak aman kerana selalu diganggu orang lain.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • keburukan: sesetengah orang malu untuk bercinta dengannya. dia sering kecewa apabila mencintai seseorang. terasa diri begitu kerdil dan hina pada pandangan orang.
  • tidak ada siapa yang ingin mengaut cintanya dengan ilmu hitam. mereka yang bertandang untuk mencintainya adalah kerana keperibadiannya.

JODOH

kebaikan dan keburukan cantik

  • Kebiasaannya mereka akan bertemu jodoh di awal usia. Awal- awal lagi sudah ada orang booking untuk dijadikan menantu. Jodoh bukanlah perkara yang terlalu rumit untuknya.
  • Jodohnya tidak berpanjangan. Apabila rupa kurang menawan, suami mula buat hal mencari orang yang lebih cantik. Perkahwinan atas dasar rupa akhirnya tidak membahagiakan.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • Keburukan: seolah-olah tidak ada orang yang mahu memilikinya. Usia sudah meningkat tetapi kumbang tidak juga datang kepadanya. Hidupnya penuh dengan penantian.
  • Andai tiada jodoh, beliau boleh hidup berseorangan bebas ke mana sahaja. Tiada dosa dengan insan yang bergelar suami. Andai bersuami pula, suaminya adalah orang yang tidak menilai paras rupa. Kasih sayangnya berpanjangan.

HATI

kebaikan dan keburukan cantik

  • Hatinya tenang dan sering seronok dengan kecantikan yang dikurniakan kepadanya. Kecantikannya membuatkan hatinya berbunga-bunga.
  • Hatinya mungkin mengalamai penyakit riak, ujub dan sombong. Allah menguji hati-hati mereka supaya kembali mengingat Allah apabila dipuji, namun syaitan sering menguasai dirinya supaya berbangga diri.

kebaikan dan keburukan kurang cantik

  • Keburukan: mereka sering berasa dihina  dan rendah diri. Mereka sering membanding-bandingkan dirinya dengan orang yang lebih cantik daripadanya.
  • Perasaan bangga diri tidak menumpang pada hatinya. Seolah-olah tiada apa yang peru dibanggakannya. Beiau melalui hidup dengan sabar dan penuh kesyukuran.



Sebagai konklusi, kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Wallahua'lam

credit to http://wanwma.com/agama/perbezaan-kehidupan-si-cantik-dengan-si-kurang-cantik/?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+Wanwma+%28Cahaya+Islam%29

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, 10 May 2012

syarat untuk buat maksiat

Assalamualaikum wbt.



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak

wallahua'lam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~F.R.H~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~