Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suke,
Kerana Orang Yang Kita Suke
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat.
Its true.
assalamualaikum w.b.t
"tuntutlah ilmu itu hingga ke liang lahad "
That phrase is very meaningful in my life. walau kita sudah berumur 80 tahun sekali pun, tuntutlah ilmu kerana dengan ilmulah dapat membezakan kita dengan orang lain. bagi seorang Islam, ilmu dan iman seiring dan sejalan yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan bukanlah taraf 'kekayaan' itu yang membezakan sesama kita. I believe with this phrase " nothing is impossible to a willing heart". selagi apa yang kita mahu and we make an effort towards it including doa, insyaAllah apa yang kita mahu akan tercapai ^_^
Sunday, 26 February 2012
Sunday, 5 February 2012
saya sebagai seorang fasilitator....
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa kerana melancarkan program PPP SMK Permatang Tok Jaya,Pulau Pinang. Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh kelab IKRAM UiTM Pulau Pinang untuk membantu menaikkan semangat adik-adik yang akan menempuh peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. My dream came true because this is my first time be a facilitator.
Pertama kali melangkah ke sekolah tersebut, hati terdetik : “di sinilah bermula perjuangan aku sebagai seorang fasilitator. ” bila nampak jer student, first word yang terpancul dari bibir saya ialah : “comelnya !” I’m so excited sebab mereka sangat comel. Tambah pula saya memang suka sangat tengok budak-budak so perasaan untuk membantu mereka semakin membara.
sejurus sampai di sekolah...
Mereka sangat peramah. Saya ingat lagi pertama kali solat maghrib berjemaah dengan mereka, sementara menunggu azan, ada dua orang student ni pandang-pandang saya. Bila saya membalas senyuman mereka balik, salah seorang daripada mereka cakap : “akak, kawan saya ni nak berkenalan dengan akak.” Lalu kami berbual-bual. Macam- macam cerita kami bualkan.
Aktiviti-aktiviti banyak dilakukan untuk mencungkil sifat keberanian dalam diri mereka. Saya ingat lagi ada satu aktiviti yang dinamakan Menara Cawan. Students perlulah menaikkan cawan-cawan supaya terbentuk seperti menara. Tapi dengan syarat mereka hanya dibenarkan menggunakan tali dan getah sahaja. Para urusetia pula diarahkan supaya menjatuhkan menara mereka. Ini sebagai simbolik bahawa apabila kita ingin berjaya, banyak halangan yang akan kita tempuh. Seseorang yang ingin berjaya tidak perlu gentar dengan halangan-halangan yang akan dihadapinya. Sifat ‘putus asa’ tidak perlu ada dalam seorang yang ingin berjaya. Semasa aktiviti menara cawan ini dijalankan, ada yang menangis sebab menara dia asyik jatuh, ada yang stress sebab ahli kumpulan tidak memberi kerjasama. Tetapi saya tetap menekankan kepada mereka semangat dan kerjasama itu penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Akhirnya kumpulan saya berjaya mendirikan menara cawan itu. Congrats for my group J
Pada hari ketiga, para fasilitator perlu ‘guard’ students sebab mereka ada perarakan Maulidur Rasul. Saya rasa begitu teruja apabila bas rapid masuk ke sekolah tersebut untuk membawa students dan fasi ke masjid di kampung terdekat. Dan dari masjid itu kami berarak ke sekeliling kampung tersebut sambil berselawat keatas junjungan Rasulullah SAW.
barisan fasilitator...
comel je kn budak ni !
Kemudian sesi ‘Shoot The Moon’ diadakan. Sesi ini merupakan conclusion sebelum majlis penutup diadakan. Jadi semua fasi perlu mebawa ahli kumpulan masing-masing ke mana sahaja dan memberi sedikit motivasi kepada mereka. Saya tidak sangka yang saya berjaya membuatkan mereka mengalir air mata kerana sebelum ini saya sangat segan untuk bercakap di khalayak orang ramai. Mungkin disebabkan niat yang betul dan Allah telah melancarkan idea untuk bercakap memotivasikan mereka. Mungkin mereka telah sedar kesalahan mereka kepada kedua-dua orang tuanya. Saya amat tekankan kepada mereka yang apabila mereka berjaya nanti jangan sesekali melupakan ibu bapa kerana ibu bapa merupakan harta kita yang sangat bernilai. Selepas itu mereka diarahkan untuk menulis halangan untuk mencapai matlamat mereka. Bila dah siap, saya suruh mereka pijak kertas yang mereka tulis itu sambil berkata “aku mahu Berjaya!” lalu dibakar kertas itu sebagai simbolik halangan-halangan tersebut telah dilupuskan supaya matlamat mereka dapat dicapai dengan mudah.
tugasan : list matamat, halangan dan cara mengatasi halangan
dia dah nangis dah ~~~
Saya hampir menitiskan air mata apabila semasa majlis penutup mereka memberikan ibu bapa mereka surat yang saya arahkan untuk tulis tentang matlamat mereka. Saya rasa sangat berbangga kerana dapat menolong mereka. Harap adik-adik semua akan berjaya dan terus berjaya dan jangan pernah sesekali lupakan jasa orang tuamu. Ingat pesan akak, seorang yang cemerlang tidak akan kenal rasa putus asa.
We are the B.E.S the best
among the R.E.S the rest
we are the best
among the rest
among the rest
we are the best
go sarangae !!
http://www.youtube.com/watch?v=E84ERPA_NQE&feature=youtu.be
among the R.E.S the rest
we are the best
among the rest
among the rest
we are the best
go sarangae !!
http://www.youtube.com/watch?v=E84ERPA_NQE&feature=youtu.be
Friday, 27 January 2012
nukilan seorang yang bernama fathin....
Susahnya diri ini untuk berhijrah ke jalanNya. Terasa kerdilnya diri ini untuk menghadap Ilahi. Apa yang perlu dijawab pada malaikat jika nyawa ini diambil disaat kita masih dalam kelalaian? Adakah cukup solat kita 5 waktu setiap hari? Adakah kita telah membalas jasa ibu bapa kita? Adakah kitab yang mulia itu (al-Quran) merupakan kitab kegemaran kita? Adakah cukup amalan dan ilmu kita untuk dibawa ke sana? The answer is: NO!
Tiba-tiba hati terasa tersentuh apabila terbaca satu blog. “tips menutup aurat” yang ditulis oleh Farah Lee ( wife Ally Iskandar) dalam blognya http://farahinlee.blogspot.com/2011/06/tip-menutup-aurat.html. Tajuk itu sudah cukup membuatkan saya rasa tertarik untuk membacanya. It’s true saya bertudung. Tetapi bertudung bukanlah bermakna saya telah menutup aurat saya dengan sempurna. Saya mengaku sehingga saat ini, selama 20 tahun saya hidup di dunia ini, saya masih tidak berjaya untuk menutup keseluruhan aurat saya. Nafsu mengekang segala perintah Allah yang perlu saya patuhi.
Pernah satu ketika dahulu saya benar-benar ingin berhijrah dari segi menutup aurat saya. Kadang-kala berasa malu dengan diri sendiri. Murahnya maruah saya untuk dipertontonkan kepada para lelaki. Kemudian, muncul perasaan ingin melabuhkan hijab saya. Aurat perempuan dengan lelaki ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Sudah semestinya hijab perlu melepasi dada. Saya keliru antara agama dan nafsu. Hati jahil ini pernah terdetik :”kalau aku pakai labuh-labuh nanti nampak macam orang tua jer. Pakai jeans baru la up-to-date sikit”. Astaghfirullahalazim. Seorang Islam tidak sepatutnya ada fikiran yang sebegitu.
Apabila melihat rakan-rakan seperjuangan ini bertudung labuh, selalu melangkah ke masjid untuk solat berjemaah, hati mula tersentuh. Mengagumi dengan sikap mereka yang langsung tidak menghiraukan duniawi. Mereka seolah-olah tidak kisah tentang fashion terkini. Saya tidak bermaksud mereka ini kolot tetapi hati mereka seolah-olah dapat mengawal nafsu mereka daripada mengotori agama mereka. Melihat kepada golongan ini hati rasa tenang dan terasa ingin bersahabat dengan mereka tetapi persoalan layak ke bersahabat dengan orang seperti mereka menjadi tanda tanya.
Satu malam saya muhasabah diri sebelum tidur. Apa amalan yang telah saya buat sebagai bekalan untuk hari esok? Dimana saya akan dicampakkan di alam sana? Hampir menitis air mata apabila berfikir tentang itu. Saya text seorang senior saya (Kak Hani). Bagi saya dia seorang yang solehah dan amat menjaga auratnya dan batas pergaulannya. Saya meluahkan isi hati saya kepadanya. Saya katakan kepadanya bahawa saya ingin berhijrah. Persoalan yang timbul ialah : jika saya sudah mula pakai tudung labuh, perlu ke saya meninggalkan kawan-kawan lelaki saya? Perlu ke saya meninggalkan boyfriend saya? Rasanya tidak bersedia untuk itu lagi. Kak Hani membalas dengan jawapan yang sangat ringkas tapi padat. “Fathin, bila kita sudah mula terdetik di hati untuk kita berubah ke jalan Allah, insyaallah Allah akan menjaga kita dari segala kelalaian asalkan kita istiqamah dalam setiap ibadah yang kita lakukan.” Cukup bermakna jawapan Kak Hani.
Esoknya saya nekad untuk beli tudung labuh. Semasa dalam perjalanan ke kedai untuk cari tdung itu, hati terasa berdebar-debar. Hati terdetik adakah betul apa yang saya buat ni? Saya minta pendapat kawan saya, Zana. Dia hanya mengangguk tanda menyokong apa yang saya buat. Bila dah sampai di kedai itu, tangan terketar-ketar bila memegang tudung itu. Tanpa fikir panjang saya terus membeli tudung itu. Keesokkan harinya saya sudah mula memakai tudung itu. Kawan-kawan yang terserempak dengan saya pelik dengan perubahan itu. Saya tak kisah apa yang mereka cakap. Unfortunately, apa yang saya jangkakan benar-benar berlaku. Saya memakai hijab labuh itu hanya untuk sementara. Kejadian ini terjadi apabila saya pulang ke rumah dengan memakai tudung itu. Apabila balik ke kolej balik saya memakai selendang tapi dilabuhkan selendang itu melepasi paras dada. Bila dah sampai dekat kolej barulah perasan tudung labuh saya hilang. Puas saya cari. Then saya call mak saya , bertanyakan tentang tudung itu tapi mak cakap tak nampak pulak tudung tu kat rumah. Mulai dari hari itu saya start pakai selendang. Makin lama makin singkat selendang tu. Dah jauh rasanya dari matlamat saya untuk berubah. Mungkin Allah ingin menguji saya pada ketika itu. Dan saya tunduk kepada nafsu saya. Saya kembali kepada diri saya yang asal. Yang jauh terpesong dari ajaran Islam.
Suara-suara sumbang ada yang mengutuk diri saya. Sampaikan ada yang cakap saya seorang munafik. Saya tidak kisah dengan pandangan orang. Allah sahaja yang tahu apa yang berada dalam fikiran saya. Munafik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada orang lain. Orang lain tidak berhak menghukum sesama manusia.
Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku untuk terus ke jalan Mu. Jadikanlah aku seorang yang ikhlas dan istiqamah dalam setiap ibadah yang aku kerjakan selama ini. Insyaallah saya akan cuba mengubah diri ini secara perlahan sama ada dari segi pergaulan, percakapan dan dari segi aurat supaya menjadi muslimah yang solehah. Saya mengharapkan ada seseorang yang dapat mengubah diri saya untuk terus berjuang menundukkan nafsu ini. Insyaallah…
Sunday, 22 January 2012
terima kasih :)
Thanks to government sebab bagi RM200 untuk semua student IPTA. I’m not very sure about pelajar sekolah menengah dapat ke tak but this kind of voucher sangat la membantu I dalam membuat koleksi buku.
Tersangatlah happy dan puas hati bila dapat beli buku-buku ni semua. And tersangatlah teruja nak pergi kedai buku sebab nak shopping buku banyak-banyak. Dengan tersenyum lebarnya melangkah ke kedai buku and every single inch kat kedai buku tu I explore untuk cari buku-buku yang best. Maklumlah free jerk an. So main ambil je la. Before nak bayar I kira la dulu dah cukup RM200 belum buku-buku yang I ambil tu. Dah kira-kira baru lah tahu dah terlebih RM200 pulak. So tak kisah. Boleh tambah duit. Tapi bila dah sampai kaunter, cashier tu cakap lagi RM12 something yang tak cukup. Owh rupanya buku-buku tu ada diskaun. Bertambah la senyuman I sebab dapat tambah lagi satu buku. Hehehe.
Thanks again to government. And thanks to kedai buku popular sebab buku kat situ sangat lah best!
Sunday, 1 January 2012
1.1.2012
Assalamualaikum w.b.t
Happy new year to Malaysians. Syukur Alhamdulillah because we are given the opportunity to still alive. Hari ini merupakan tahun baru bagi tahun 2012. Sedar tak sedar umur I dah hampir 20 tahun tetapi amalan untuk dibawa ke sana rasanya hanya 20% je. Banyak lagi yang perlu I buat untuk persediaan ke sana.
Hari ini genaplah setahun wan (my grandmom) meninggal. Rasa macam cepat je masa berlalu. Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat dekat wan. I sangat rapat dengan wan since I kecil lagi. Arwah yang jaga I semasa I kecil sebab my parents busy. Arwah sangat penyayang orangnya and sabar melayan kenakalan my brother and I. Arwah sangat mementingkan soal anak-anak dan cucunya. Arwah wan tak pernah kedekut. Ada je barang yang dia beli untuk I and abang-abang I since sepupu I yang lain semua menetap di negeri orang.
Arwah wan selalu bawak I pergi dengar ceramah dekat surau masa I umur 7 tahun dulu. It’s not ‘ceramah’ actually but it’s more to discussion about current issues. I ingat lagi, at first I dengar je la apa yang diorang discuss but bila dah lama-lama rasa macam mengantuk pulak. Tapi disebabkan segan nak tidur I tahan je la mata ni. Disebabkan tak tahan mengantuk, I tidur je la sambil duduk. Bila dah sedar, baru tahu I terlentok kat bahu wan. And masa tu ustazah yang lead discussion tu tengah pandang i. haha. What a shame ! ustazah tu suruh I tidur je. Maybe sebab dia kesian. Mana tak kesiannya, baru balik dari sekolah then ikut arwah wan ke surau. Memang la penat. Tapi I tak kisah sebab I yang nak ikut actually.
Arwah wan sangat menitikberatkan soal agama. Dia banyak mengamalkan doa-doa and zikir. Dia selalu suruh I baca surah Yassin bila malam jumaat. Sebelum kami baca Yassin, arwah wan akan terangkan serba sedikit pasal hari kiamat nanti. Bila dia ada terbaca doa yang baru, dia akan tnjuk kat I and suruh I ikut sama. I ingat lagi masa I 6 tahun, dia sangat marah kalau I pakai dress yang labuhnya paras lutut. Kalau nak diikutkan memang la takpe kalau budak yang baru berumur 6 tahun pakai tak menutup aurat sebab belum baligh but I tahu dia marah sebab dia nak latih I pakai pakaian menutup aurat dari kecil lagi.
Banyak kenangan I dengan arwah wan. Dia sangat baik orangnya and sangat sopan santun. I miss her a lot! harap arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman dan jauhkan lah arwah dari azab kubur dan azab api neraka. Al-fatihah….
Friday, 30 December 2011
ujian Allah..
Assalamualaikum w.b.t
Lately I makin kerap sakit kepala. I don’t know why but benda ni betul-betul mengganggu I. Sometimes dalam seminggu boleh dikatakan tiap-tiap hari I sakit. Sehinggakan bila I sakit, I dapat cover depan kawan-kawan yang I tak sakit. Yes it’s true sebab I dah biasa dengan sakit kepala ni. Unless kalau sakit tu memang I dah tak boleh tahan baru lah kawan I perasan yang I tak sihat. Bila pergi klinik, doctor bukannya nak check betul-betul. Doctor akan tanya berapa kerap I sakit dalam seminggu, ubat apa yang I makan and finally dia bagi ubat yang sama. That’s all. Kalau macam tu I pon boleh jadi doctor
.
Tadi I ada search internet pasal sakit kepala. And I found factor that affect migraine.
1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.
2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.
3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.
4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.
5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.
6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.
7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.
Tuesday, 22 November 2011
i'm falling in love ~~
Assalamualaikum w.b.t
Okay first of all don’t ever misunderstanding with the title. Memang I dah jatuh cinta. I jatuh cinta since pukul 8.30pm semalam (21 November 2011) at food court Baiduri (UiTM punya kafe). I jatuh cinta dengan dia. Dia tu siapa yer?
BOLA SEPAK. I’m falling in love with football. That night was the first time I tengok perlawanan bola sepak dari awal sampai habis. Petang itu my best friend Ika and Zana ajak pergi tengok match bola sepak dekat fc baiduri. Then I ikut je la since tak tahu nak buat apa. Lagipun si DIA pun minat bola. So nak jugak tahu apa yang best sangat bola ni. Pukul 7.30pm lepas dah solat maghrib kami pun siap-siap la nak turun pergi fc. Memang ramai sangat-sangat sampaikan tak cukup tempat duduk. Yang lelaki tak payah cakap la kan. Dengan benderanya, dengan baju kuningnya. Then before start lawan bola kami makan dulu. Tengah-tengah syok makan, match dah start. Okay tiba-tiba je rasa kenyang and tak habis nasi tu. Nasib baik ada kawan yang habiskan. Bersemangat betol tengok bola kali ni. Bila dah gol meremang pulak bulu roma ni. Hahaha. Bila pemain Indonesia ni dah macam mengada-ngada buat-buat jatuh la, tarik baju pemain Malaysia la rasa macam pengadil tu tak adil la pulak.
Then masa separuh masa pertama tu, I kena tolong Ika angkat barang kat rumah sewa. Nak tunggu lepas habis match takut gate kolej tutup pulak. Then pergi la. Masa tengah angkat barang bayangkan la dari tingkat 25 boleh dengar jeritan orang yang tengok bola dekat kedai makan kat bawah. Kuat betul menjerit. Huhuu then sempat lagi kami snap gambar before balik. Hehehe.
Then kami sambung balik tengok bola kat fc. Tapi kali ni tempat semua dah penuh so terpaksa lah duduk dekat longkang. Tapi angin betul dengan sorang budak ni. Dah tahu orang kat belakang ada yang duduk, boleh pulak dia berdiri kat depan kami. Kalau berdiri je tak apa. Ni siap bergerak kiri kanan. Dah macam nak berjoget pulak budak ni. Iskk. I pun tengok je la tv yang tak berapa nak besar tu. Tengah-tengah semangat tahap kritikal tengok bola, boleh pulak dia pusing kiri pusing kanan. And I langsung tak tersedar yang I sound dia. Sebab masa tu kalau tak silap Indonesai nak jaringkan gol, then masa tu dah cuak la. I pun TERsound “ heyy tepi la !!” ika and Zana dah pandang i. I pun pandang dia balik. Diorang pun gelak. Hahaha. Tapi nasib baik la budak tu tak dengar. Hehehe.
Dah berjam-jam tengok bola tu,akhirnya Malaysia muncul sebagai pemenang. Happy ending. Punya la student UiTM ni bersorak siap lambai-lambai bendera Malaysia lagi. First time rasa aura bola dalam diri I. maybe sebab DIA yang bagi pengaruh ni dekat I kot. Haha. Okay dah tak nak bebel lagi. Bye2..
Subscribe to:
Posts (Atom)










